Wednesday, July 23, 2014

Kerana Gaza, Erdogan Berhenti Bercakap Dengan Obama

Keluarga besar Abu Jamaa baru saja memulai berbuka puasa ketika Ahad pekan lalu satu jet tempur F-16 Israel meledakkan rumah mereka di Khan Yunis, kota terbesar kedua di Jalur Gaza. Sebanyak 25 anggota keluarga Abu Jamaa terbunuh, termasuk 17 anak, tiga perempuan hamil, dan satu nenek. 
 
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan (gambar kanan) mengatakan dia telah berhenti bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat  (AS) Barack Obama di telefon, di tengah ketegangan meningkat antara Ankara dan Washington atas Syria dan konflik Gaza.

Turki, penentang keras Presiden Syria Basyar al-Assad dan penyokong pejuang pemberontak bersenjata, merasa dikhianati ketika AS berundur dari aksi tentera terhadap Damsyik pada September lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman Asia One, Selasa (22/7).

"Di masa lalu, saya bertemu dia (Obama) secara langsung. Kerana saya tidak boleh mendapatkan hasil yang diharapkan atas Syria, sekarang menteri luar negera kita yang berbicara satu sama lain," kata Erdogan dalam satu temu bual disiarkan secara langsung di stesen televisyen ATV pro- kerajaan pada Isnin malam.
"Dan saya telah bercakap dengan (wakil presiden AS Joe) Biden. Dia menelefon saya dan saya memanggil dia," lanjut dia.
"Saya mengharapkan keadilan dalam proses ini. Saya tidak boleh membayangkan hal seperti ini dari orang-orang yang memperjuangkan keadilan," ucap Erdogan tanpa menjelaskan siapa, dalam sebuah hinaan jelas diarahkan pada Washington.

Perbualan telefon terakhir antara kedua-dua pemimpin berlangsung pada 20 Februari lalu, selepas Rumah Putih mengeluarkan kenyataan menuduh Erdogan menyalahertikan isi pembicaraanSebagai penyokong setia Palestin, Erdogan baru-baru ini telah berselisih dengan Washington atas serangan Israel di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan lebih dari 580 warga Palestin dalam dua minggu terakhir.

Erdogan menyelar negara Yahudi itu melaksanakan "keganasan negara" dan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap Palestin dan mengkritik AS sebab membela taktik Israel dianggap tidak berkadar.

Jabatan Luar Negera AS menanggapi komen Erdogan terhadap Israel sebagai "serangan dan salah". Tapi Erdogan membalas dengan mengatakan AS perlu mengkritik diri mereka sendiri.

Erdogan akan maju dalam pilihan raya presiden Turki pada 10 Ogos akan datang. Dia dijangka akan menang, di mana penganalisis menunggu dasar luar negera yang lebih tegas dari Ankara jika dia menjadi ketia negara akan datang. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails