Thursday, July 17, 2014

Khalid Kekal MB Penggal Ke2. Apa Jawab Anwar?

 

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hanya parti yang dapat memutuskan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim layak untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. Beliau berkata demikian susulan kenyataan Khalid hari ini yang bertegas untuk kekal sebagai menteri besar untuk penggal kedua.

“Keputusan itu di tangan parti, tiada siapa yang boleh kata seseorang itu boleh kekal di kedudukan tertentu,” kata Anwar kepada pemberita, tanpa merujuk kepada Khalid secara khusus.

Beliau tidak menjawab soalan yang secara khusus meminta beliau menjelaskan jika Khalid akan kekal sebagai MB untuk penggal kedua.

"Saya sudah nasihatkan (Khalid) supaya tidak buat kenyataan yang menunjukkan parti atau ADUN tiada ruang untuk menuntut perubahan (kepimpinan),” katanya. (MK)


Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

Post a Comment