Thursday, July 31, 2014
Kisah Mujahidin Gaza Bunuh 5 Tentera Israel & Berita Terbaru.
Tentera Israel membawa ahli mereka yang luka akibat serangan mortar Palestin. alarabiya.net
Lima tentera Israel tewas dalam perlawanan dengan mujahidin Gaza yang cuba memasuki Israel melalui sebuah terowong berhampiran sempadan dengan Gaza di Nahal Oz, kata tentera Israel dalam satu kenyataan hari ini.
Insiden berlaku semalam itu menaikkan jumlah korban tewas dari tentera Israel menjadi sepuluh orang untuk hari itu, menurut Reuters. Sebanyak 53 tentera Israel telah tewas sejak negara Zionis itu melancarkan serangan di Gaza, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Selasa (29/7).
"Askar Infantri Daniel Kedmi (18 tahun), Barkey Ishai Shor (21 tahun), Sagi Erez (19 tahun), dan Dor Dery (18 tahun), tewas dalam serangan itu," ujar kenyataan dari tentera. Nama askar kelima tidak boleh diterbitkan, jelas laporan itu.
Sementara itu, sebelas orang terbunuh dalam serangan di sebuah rumah di kem pelarian Bureij di Bandar Gaza ketika pasukan Israel menghentam sasaran di seluruh wilayah itu dalam serangan malam paling luas setakat ini di Gaza.
Pesawat Israel juga melepaskan peluru berpandu ke rumah pemimpin Hamas di Gaza Ismail Haniyah sebelum subuh waktu tempatan pada hari ini dan menyebabkan kerosakan tetapi tidak ada korban yang dilaporkan, kata Kementerian Dalam Negeri Gaza.
Seorang jurucakap tentera Israel tidak mempunyai maklumat mengenai laporan itu tetapi sedang memeriksa untuk mendapat butiran.
Israel melancarkan serangan ke Gaza pada tarikh 8 Julai lalu dengan tujuan untuk menghentikan serangan roket yang dilancarkan oleh Hamas dan sekutunya. Sebuah pencerobohan serangan darat dilakukan untuk mencari dan menghancurkan terowong milik Hamas yang melintas di kawasan sempadan.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam memberi amaran terhadap perang yang berpanjangan di Gaza, menghilangkan harapan akhir dari konflik sudah berlangsung tiga minggu itu. Dalam wawancara semalam, Netanyahu mengatakan bahawa tujuan baru dari serangan tentera Israel adalah untuk "demiliterisasi" Jalur Gaza.
Roket dari Gaza ditembakkan ke Israel selatan dan tengah pada Isnin, beberapa di antaranya mencapai wilayah Tel Aviv. Sistem pertahanan antirudal Israel Iron Dome berjaya memintas sekurang-kurangnya satu dari roket itu, tidak ada korban jiwa atau kerosakan yang dilaporkan.
Konflik kini memasuki hari ke-22 itu telah meragut 1,100 nyawa rakyat Palestin, kebanyakan orang awam. Sementara di pihak Isrel baru 48 tentera dan tiga orang awam yang terbunuh.
Terbaru sebentar tadi..
Hamas telah mengeluarkan sebuah video yang didakwa memperlihatkan para mujahidin mereka menyerang sebuah menara penjaga Israel dari sebuah terowong tersembunyi, sebelum membunuh lima penjaga ditempatkan di sana.
Klip itu, yang disiarkan di TV Hamas, menunjukkan para militan di sepanjang terowong membawa mesingan dan pelancar roket sebelum muncul di dekat sebuah menara Israel, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (30/7).
Mereka menangkap seorang tentera Israel sebelum melepaskan tembakan menyerbu kompleks menara penjaga itu untuk mengelilingi seorang tentera yang jatuh. Mohammed deif, pemimpin bayangan sayap bersenjata Hamas, berkata dalam suaranya bahawa Palestin akan terus menghadapi Israel sampai sekatan di Gaza dicabut.
"Israel tidak akan menikmati keamanan kecuali warga kita hidup dalam kebebasan dan martabat," kata deif.
"Tidak akan ada gencatan senjata sebelum pencerobohan (Israel) dihentikan dan sekatan dicabut. Kami tidak akan menerima penyelesaian sementara."
Hari ini menjadi hari paling berdarah dari tiga minggu pencerobohan Israel di Gaza sampai saat ini, dengan sekurang-kurangnya 100 warga Palestin terbunuh dalam pengeboman berat dan menembak.
Pejabat hospital setempat menyebutkan jumlah total kematian warga Palestin dalam konflik kali ini telah mencapai 1,200 orang, sebahagian besar daripada mereka orang awam. Di sisi Israel, 53 tentera dan tiga orang awam terbunuh.
Serangan Israel berlaku selepas kematian sepuluh tenteranya dalam serangan lintas perbatasan Palestin pada Isnin, di mana Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran konflik panjang ke depannya.
Rakaman itu kemungkinan akan meningkatkan usaha tentera Israel di Gaza, di mana tujuan utama mereka adalah untuk memusnahkan terowong-terowong. Pejabat Israel mengatakan terowong-terowong itu digunakan oleh militan untuk melakukan serangan. Tentera Israel telah meminta seminggu lagi untuk menyelesaikan misi mereka dan ada sokongan awam Israel yang kuat.
Tentera Israel berkata tentera mereka menewaskan lima lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan selepas muncul dari terowong di Jalur Gaza. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment