Sejumlah pengendara motosikal dari tiga komuniti motor terbesar di Indonesia, konvoi dari Gedung Merdeka, Bandung.
Tazkirah 5
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
BUKAN derma, tetapi 'wajib bantu'. Demikian makna ringkas dari teguran pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh.
Ertinya, rakyat negara ini perlu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel bangsat itu. Jelasnya, sumbangan rakyat negara ini kepada rakyat Palestin, tidak perlu lagi dianggap derma yang hukumnya 'sunat' tetapi ia merupakan satu kewajipan.
Kata Nik Mohamad Abduh...
- "Di dalam surah Al-Baqarah ayat 177, Allah ada menyebut bukanlah kebajikan itu orang yang mengadap wajah mereka ke barat atau ke kanan tetapi orang yang melakukan kebajikan adalah mereka yang beriman kepada Allah dan malaikat.
- "Dan di dalam ayat tersebut juga Allah Taala turut menyebut tentang harta, pertama tentang zakat dan dalam ayat yang sama turut memberitahu adalah membelanjakan harga yang dia kasihi, sayangi kerana dia susah atau harta yang sedikit, tetapi Allah kata wajib keluarkan harta tersebut untuk orang yang dekat dengan dia iaitu orang miskin ataupun anak yatim.
- "Kita orang awam yang tidak kaya dan tidak layak untuk membayar zakat tetapi di depan kita ada orang miskin, anak yatim ataupun mereka yang terkandas di perjalanan, maka wajib ke atas kita untuk menderma.
- "Dalam keadaan sekarang yang berlaku di hadapan kita adalan rakyat Palestin yang menanggung penderitaan, mereka memerlukan bantuan kita dan kita wajib membantu mereka.
- "Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita tidak kaya tetapi menjadi kewajipan kita untuk berbelanja untuk mereka, dan ini adalah fardu ain kepada diri kita," sambung beliau.
- "Bila kita ingin menderma kita perlu bijak dan melihat kepada siapa sumbangan itu diberikan, ini akibat terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi di Palestin.
- "Pesanan saya mereka yang mengambil kesempatan ini perlu bertaqwa kepada Allah dan perlu ingat jika ia disalah guna ia adalah haram dan besar dosanya di sisi Allah," katanya lagi.
Teringat saya, ada seorang kawan lama saya yang sudah meningkat kekayaannya. Puluhan tahun dulu kami begitu susah, untuk dapatkan wang bagi kerja-kerja kebajikan dan perjuangan. Kini dengan begitu mudah dia berjaya mengumpulkan kawan-kawan sealiran dengannya 'grup motor besar'.
"Baru-baru ini aku beli sebuah motosikal besar yang harga asal RM130,00." Kata kawanku itu dengan bangga. "Tapi aku beli dari luar negara cuma berharga RM80,000 sahaja. Hanya untuk hobi. Murah!
Termenung aku mendengarnya. Itu baru sorang. Ada kira-kira 10 orang dalam grup mereka, wang hobi mereka sudah terkumpul RM800,000. Bukan kenderaan kegunaan asas. Masya Allah!
Apakah dalam RM800,000 itu ada 'hak rakyat miskin' atau 'saudara-mara adik-beradiknya yang miskin' perlu bantuan di negara ini? Atau ada hak rakyat mustad'afin di negara Palestin diserang Israel seperti yang disebutkan pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh itu?
Bagaimana pula dengan beberapa pemimpin baru PAS yang dulunya kelihatan biasa sahaja, kini sudah 'luar biasa' mewahnya setelah dilihat berhasil menumpang kejayaan perjuangannya? Apakah mereka juga setaraf dengan 'grup motor besar' tadi itu.
Itupun juga, perjuangan dalam menghayati Ramadhan tahun ini!
Lihat sebelum ini..
- Ini Langkah Pertama 1 Ramadhan. Hidupkan Hati. Bag... (Tazkirah 1)
- Ramadhan: Hidupkan Hati, Pilih Pemimpin Diridhai A... (Tazkirah 2)
- Anakku, Berpuasalah!
- (Tazkirah 3) (-hilang)
- Ramadhan, Pertolongan Allah Pasti Datang. (Tazkirah 4)
- Kisah Si Motor Besar. Bukan Derma, Tapi 'wajib ban...
Lihat juga..
Yang bermotor besar beli duit usaha titik peluh sendiri. Ostad-ostad yang beli MPV Honda, Alphard dan series Rm300,000 sebuah hasil selepas jadi Ahli Majlis, ADUN dan MP dan banyak kutip derma. Haha...biar betul ularmak....
ReplyDeleteustaz2 yg jual produk kesihatan.. minyak wangi dll dah jadi jutawan... berniaga atas nama ustaz.. penceramah agama dll pun dah jadi kaya raya berkereta mewah...
ReplyDeleteberapa sumbangan yg mereka hulurkn..
jng ceramah cari duit saja...