HALAMAN HIBURAN
Menurut berita, dua hari lalu Kosmo! mendapati Ziana Zain Penyanyi terkenal ada memuat naik sekeping gambar memakai hijab bersama anak-anaknya.Enggan membuat telahan penyanyi berasal dari Merlimau, Melaka itu sudah berhijab sepenuhnya, Kosmo! bertanya sendiri mengenai perkara itu kepada Ziana.
Mengakui belum berhijab sepenuhnya, jelas Ziana, dia memang sudah terbiasa mengenakan hijab setiap kali menjemput anak-anaknya daripada sekolah agama sejak beberapa tahun yang lalu.
“Begitulah rutin saya setiap kali mahu mengambil anaknya-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi apabila saya mahu berjumpa dengan ustaz dan ustazah di sekolah anak-anak saya itu.
“Insya-Allah, hasrat untuk memakai hijab itu sudah ada, malah ibu saya juga lebih suka melihat saya keluar mengenakan hijab,” ungkapnya.
Sebenarnya, Konsert I Am Ziana Zain telah dirancangkan, dijadualkan berlangsung pada 27 September depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka. Tetapi telah dibatalkan.
Sudah tentu tidak ada kaitan dengan gambar Ziana Zain yang berhijab itu.
Kerana..
“Ini pertama kali syarikat itu (Gold Earth Pictures) menganjurkan sebuah konsert. Saya tidak salahkan Gold Earth Pictures secara seratus peratus kerana ia dikatakan berpunca daripada beberapa individu dalam syarikat itu juga. Nasib baik mereka bersikap profesional memaklumkan perkara itu lebih awal dan saya reda dengan keputusan itu,” ulas Ziana. (IH)
Lihat lagi..
No comments:
Post a Comment