Terbaru, Rabu, 30 Julai 2014 Serangan Israel tewaskan 12 orang di seluruh Gaza Ini membuat jumlah korban tewas dari warga Palestin akibat serangan Israel ke Gaza menjadi 1,242 orang.
KL: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus
dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai
lalu.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.
"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Harakah sebentar tadi.
Menurut Mapim, setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera. Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.
"Kami berpendapat ini bukan masanya untuk hanya bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk atau kekesalan akan tetapi sudah sampai masanya untuk segera memberi respons ketenteraan ke atas rejim Israel yang tidak menerima bahasa diplomatik lagi melainkan bahasa tentera." kata beliau lagi.
Sudah terlalu jelas, akibat sokongan penuh negara imperialis dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Kanada terhadap zionis Israel, negara haram itu tidak mempedulikan apa sahaja kecaman yang diisytiharkan oleh masyarakat dunia. Malah apa sahaja resolusi PBB yang dikaitkan dengan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semuanya tidak diendahkan oleh negara pengganas itu.
Malangnya ramai pemimpin Islam yang dayus, malah yang menjadi pengkhianat kepada nasib warga Palestin di Gaza nampaknya semakin terdedah bila ada yang bersikap sunyi dan membisu ke atas apa yang berlaku di Gaza. Ada pemimpin kerajaan di negara OIC berkomplot bersama dengan Israel dari awal serangan Israel bermula.
Tidak dapat dinafikan lagi Mesir kini menjadi rakan Israel paling rapat untuk menjayakan serangan ke atas Gaza. Di bawah rejim Fatah Al Sisi yang disokong oleh Saudi Arab dan Amerika Syarikat, pihak pertahanan Mesir telah berkomplot dengan Mosaad Israel untuk merencanakan serangan ke atas Gaza sementera Mesir berperanan untuk mengetatkan kawalan menutup pintu Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar dan masuk ke Gaza melalui darat.
Mapim tidak melihat penyelesaian yang lain melainkan angkatan tentera dari negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia mesti segera dihantar ke Gaza. Jika Israel boleh bertindak secara unilateral mengenakan kepungan militari ke atas Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa, kenapa negara-negara Islam tidak boleh bertindak secara mutilateral ke atas Israel supaya tentera Israel menghentikan keganasan.
Kini sudah terdapat beberapa negara bukan Islam yang jauh lebih tegas terhadap Israel seperti Afrika Selatan, Brazil dan Venezuela. Namun negara-negara Islam sehingga kini hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel tetapi tidak mampu bertindak secara konkrit memaksa Israel menghentikan keganasan yang dianggap lebih barbarik dari Hitler.
Negera -negara Islam menjadi bacul dan dayus untuk bertindak kerana terlalu ghairah mempertahankan kedudukan dan kuasa politik masing-masing atas nyawa ribuan warga muslim yang terancam oleh keganasan rejim Israel. Mapim mendesak supaya negara-negara Islam menghantar tentera pelindung rakyat awam di Gaza segera dan tidak terus membiarkan pembunuhan massa oleh rejimIsrael, negara teroris dunia.
Sementara itu PAS menganggap PBB dan seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara OIC turut terbabit dalam 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza sekarang kerana melengah-lengahkan tindakan ke atas Zionis Israel.
"Kekejaman luar batasan kemanusiaan boleh dilihat dalam kematian begitu ramai kanak-kanak dan wanita serta orang tua yang dianggarkan adalah lebih separuh daripada keseluruhan angka kematian itu," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan. (IH)

TENTERA MSIA POLIS MSIA UMNO PAS PERKASA JATI PAKIDA GROUP SILAT LINCAH TAK NAK ANTAR TENTERA KA UTK BANTU PEJUANG PELASTIN. KATA DLM ISLAM ADA JIHAT. KATA ISLAM ITU BERSAUDARA. TAPI MCM BUAT BODO JA SEMUA. ISLAM APA MCM NI
ReplyDeleteSEMUA JENIS BACUL
xxxxxxxxx
ReplyDelete