Thursday, July 17, 2014

Langkah Kajang Diteruskan, Walau Anwar Ke Penjara.


Walaupun berdepan risiko keputusan mahkamah yang menyebabkannya dipenjarakan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Langkah Kajang perlu diteruskan sehingga rakyat dapat diyakinkan bahawa ia satu agenda yang menguntungkan mereka. – Gambar fail, 16 Julai, 2014.  
Walaupun berdepan risiko keputusan mahkamah yang menyebabkannya dipenjarakan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Langkah Kajang perlu diteruskan sehingga rakyat dapat diyakinkan bahawa ia satu agenda yang menguntungkan mereka. – Gambar fail, 16 Julai, 2014. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Langkah Kajang perlu diteruskan sehingga rakyat dapat diyakinkan bahawa ia satu agenda yang menguntungkan mereka. Walaupun berdepan risiko keputusan mahkamah yang menyebabkannya dipenjarakan, Anwar berkata Langkah Kajang adalah untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang.

"Keputusan mahkamah diperalat untuk menyekat saya.
"Langkah Kajang adalah untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang.
"Seperti yang saya terangkan di Kajang, rasional Langkah Kajang itu adalah sementara. Kita iktiraf kejayaan dan kebaikan di peringkat awal, namun kena lonjakkan ke tahap yang lebih meyakinkan rakyat," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa sesuatu jawatan bukan hak milik kekal individu dan tertakluk perubahan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco petang ini dilaporkan enggan berundur sehingga hujung penggal pentadbirannya. Anwar bagaimanapun berkata, keputusan untuk mana-mana pemimpin meneruskan tanggungjawab mereka terletak kepada PKR dan Pakatan.

"Saya anggap dalam konteks pimpinan parti dan Khalid faham bahawa kita ada cara berbincang dengan baik," katanya.

Beliau juga menggesa pemimpin parti supaya berhenti menyerang dan menuntut Khalid meletak jawatan segera.

"Hal sama saya nasihatkan Khalid jangan buat kenyataan seolah-olah tidak ada ruang di dalam parti dan PR atau Adun untuk menegur dan menuntut perubahan yang dirasakan perlu. – 16 Julai, 2014. (TMI)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails