Thursday, July 24, 2014

MB: Khalid Wajar Undur, Tidak Ikut 3 Kriteria Sultan. -The M/Insider

Sehingga hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya, PKR bagaimana kes beliau dan Bank Islam diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014.  
Sehingga hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya, PKR bagaimana kes beliau dan Bank Islam diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014. 

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
 
Tan Sri Khalid Ibrahim perlu berundur selaku menteri besar Selangor jika beliau mematuhi tiga kriteria yang diletakkan Sultan Selangor kerana mentadbir secara bersendirian. Khalid berkata sultan mengingatkan beliau supaya negeri ditadbir dengan telus, tegas dan bertanggungjawab.

Antara tiga perkara, kita simpulkan ketelusan paling penting. Sesiapa yang telus layak mendapat kepercayaan dan keyakinan, serta diharap menjadi seorang yang jujur. Nilai perkataan boleh dipercayai dibandingkan dengan melihat makna berlawanan.

Jujur. Berprinsip. Beretika. Mulia. Tidak rasuah.

Perkara ini adalah penting kerana ahli politik yang memegang jawatan dan mentadbir kerajaan memiliki kuasa yang besar dan menguasai sejumlah besar wang pembayar cukai hanya dengan satu tandatangan. Seorang pemimpin dilihat sebagai jujur dan boleh dipercayai jika namanya tidak terpalit dengan kontroversi berjuta ringgit.

Di sini, ia agak mencabar Khalid kerana dirinya antara tiga individu yang dianggap istimewa memandangkan mendapat penyelesaian luar mahkamah. Antara individu lain tersebut ialah bekas bos Malaysia Airlines (MAS), Tajuddin Ramli.

Suatu ketika pada 2012, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz menulis kepada syarikat berkaitan kerajaan meminta mereka menghentikan semua tindakan undang-undang ke atas Tajuddin.
Mengatakan ini suatu yang mengejutkan, ia pasti tidak masuk akal. Lagipun, Danaharta sudah memenangi tindakan mahkamah sejumlah RM580 juta ke atas beliau, malah dijangka menang kes tersebut walaupun diperingkat rayuan.

Apa perkara yang menyebabkan kerajaan terpaksa tunduk masih tidak diketahui hingga hari ini, malah menteri kewangan enggan menjelaskan perjanjian tersebut. Setengah orang berkata Tajuddin menggugut mendedahkan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi melibatkan syarikat penerbangan negara tersebut.

Penyelesaian luar mahkamah kedua pula melibatkan Menteri Kabinet, Datuk Seri Hasan Malek yang campur tangan dalam kontroversi Bank Rakyat yang dibuat dengan ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan, jumlah diskaun yang besar diberi oleh institusi kewangan tersebut. Deepak sebelum ini pernah menggugut mendedahkan mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Mengapa seorang yang pernah menggugut pemimpin kerajaan diberikan layanan istimewa sebegini?
Apakah merit menyebabkan beliau mendapat layanan istimewa? Tiada siapa tahu. Kes ini sama dengan kes dimana Bank Islam secara tiba-tiba mengugurkan tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula RM70 juta daripada Khalid.

Kontroversi tersebut berlaku secara terbuka, malah pihak bank sendiri berusaha mengheret Khalid ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu. Isu Khalid-Bank Islam juga berakhir begitu sahaja dengan penyelesaian luar mahkamah. Khalid sehingga hari ini tidak mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya bagaimana kes tersebut diselesaikan.

Cerita di belakang tabir mengatakan wujud penglibatan seorang peguam yang menjadi orang tengah Umno semasa Khalid menjadi tokoh korporat suatu ketika dahulu dalam penyelesaian Bank Islam. Adakah ini benar? Siapa tahu. Khalid yang sering bercakap mengenai urus tadbir dan proses yang telus, masih berdiam diri dalam isu ini.

Khalid juga sudah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat negeri supaya mengikut proses menyelesaikan kemelut politik di negeri tersebut atau hilang negeri terkaya tersebut. Namun, sesiapa yang mahu menerajui kepimpinan negeri tidak boleh mempunyai tanda soal berlegar atas kepalanya. – 24 Julai, 2014. (TMI)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

Post a Comment