Tuesday, July 22, 2014

MB S'gor: PAS Bakal Umum Pendirian Mesyuarat Malam Ini.


PETALING JAYA: Sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS akan mengadakan mesyuarat khas parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang akan diadakan malam ini, parti itu akan membuat ketetapan mengenai pendirian mereka berhubung keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu bakal dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS perlu mencapai kata sepakat mengenai pendirian parti itu sebelum ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan pada Rabu berhubung nasib Abdul Khalid di Selangor.

Menerusi sidang media Ketua Umum Pakatan Rakyat awal pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PAS sudah menyatakan persetujuan supaya hasrat 'langkah Kajang' perlu diteruskan dengan pengguguran Abdul Khalid.

Bagaimanapun sebelum ini dilaporkan bahawa PAS Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak pernah bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan dengan Dr Wan Azizah. (mStar)

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

3 comments:

  1. PENDIRIAN PAS IALH MEMATUHI KEHENDAK ANWAR. PAS AKAN JADI TUKANG CARI NAS ! KAH ! KAH !

    ReplyDelete
  2. PAS patut tuntut jawatan MB Selangor sebab kerusi PAS lebih PKR. DSWA ni pun tak lama jadi MB sebab PKR akan guling dia satu hati nanti.

    ReplyDelete
  3. PAS patut tuntut jawatan MB Selangor sebab kerusi PAS lebih PKR. DSWA ni pun tak lama jadi MB sebab PKR akan guling dia satu hati nanti.

    ReplyDelete