Thursday, July 10, 2014
Mujahid: Tolak Diskriminasi, Bukan Iktiraf Gaya Hidup LGBT
Draf kepada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof.
Sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan
lesbian, gay, biskesual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, katanya.
Jelasnya, intipati rang undang-undang itu adalah untuk "memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, jantina dan ketidakupayaan".
"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.
"Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.
"Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.
"Ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang," kata MP Parit Buntar itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Menurutnya, pengiktirafan terhadap perlakuan itu dan melindungi hak mereka untuk tidak didiskriminasikan adalah dua perkara berbeza.
Jelasnya, anggapan bahawa beliau dan anggota Jawatankuasa
Undang-undang dan Dasar menyokong amalan LGBT adalah berpunca daripada mereka yang "tidak cermat dalam menilai" rang undang-undang itu.
"Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.
"Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).
"Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena
pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu," katanya.
Draf rang undang-undang tersebut beserta draf dua lagi rang undang-undang lain - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama - kini dibuka untuk maklum balas orang ramai.
Ia dirangka oleh Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar yang merupakan satu daripada lima jawatankuasa di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Jawatankuasa tersebut turut dianggotai bekas pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee selaku timbalan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.
Wawancara oleh Ram Anand, Ahmad Fadli KC dan Zulaikha Zulkifli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mujahid, lagi banyak kau cakap makin jelas kebodohan. gelaran doktor bukan passport tunjuk diri tu cerdik. dan lagi banyak kita bergaul dengan kafir lagi dekat kita dengan perangai mereka. jadi orang islam tak boleh apologitic dan terlalu bertolak ansur, kalau Allah kata LGBT tu haram, maka segala bentuk perbuatan menyokong melindungi atau membantu adalah termasuk haram. macam soal babi dan arak lah jugak.
Post a Comment