BAGHDAD, Iraq - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menghantar 200 anggota tentera tambahan ke sini bagi melindungi Kedutaan AS dan menyelesaikan krisis antara penduduk Sunah dengan Syiah.
"Berdasarkan keadaan di Baghdad, saya telah mengarahkan tambahan 200 anggota tentera ke Iraq bagi melindungi keselamatan di kedutaan AS dan menjadi pasukan sokongan serta mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad," kata Obama dalam sepucuk suratnya kepada Kongres AS kelmarin.
"Anggota-anggota tentera itu ditugaskan bagi melindungi rakyat AS dan harta benda jika diperlukan dan mereka dilengkapi dengan peralatan peperangan," katanya.
Sebelum Obama membuat pengumuman itu, Jabatan Pertahanan AS telah menghantar 800 anggota tentera ke Iraq bagi mengawal keselamatan di kedutaan negaranya ekoran serangan oleh para militan yang menyebabkan hampir 2,000 orang terbunuh.
Tentera Iraq dalam pada itu berusaha menawan semula bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein di Tikrit, yang telah dikuasai oleh para militan tersebut. Seorang pegawai tentera berkata, tentera Iraq kini mengawal beberapa kawasa di sekitar pinggir bandar Tikrit yang terletak kira-kira 160 kilometer ke utara Baghdad selepas berjaya menawan kawasan itu pada 11 Jun lalu.
Konflik yang tercetus itu menyebabkan ribuan rakyat Iraq terpaksa melarikan diri dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Nouri al-Maliki. Kumpulan Pejuang Negara Islam Iraq dan Syam yang kemudian menukar nama kepada Negara Islam (IS) itu telah mengisytiharkan pembentukan kerajaan sendiri pada Ahad lalu dengan menubuh 'kerajaan khalifah'.
Mereka mendakwa kerajaan itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala yang terletak di wilayah timur Iraq. Dalam rakaman audio yang disiarkan melalui internet, kumpulan tersebut mengisytiharkan ketua mereka, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan pemimpin kepada umat Islam di seluruh dunia.
Washington dalam pada itu berkata, pengisytiharan kerajaan khalifah itu tidak membawa sebarang makna.
"Ia mendedahkan sifat sebenar organisasi itu dan keinginan untuk mengawal rakyat dengan perasaan takut," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki kepada pemberita. - AFP
3 comments:
Kafir tak akan senang lihat Islam kuat dan bersatu. Bagi sesiapa yg menyokong kafir ini, laknat dan bala akan menimpa.
woi anon,islam kuat ape ke benda nya klu yg pemberontak yg mengistihar kerajaan islam itu berperang sesama islam,konon2 mereka berjihad tapi sebenarnya mereka itu bughah dan patut di hukum bunuh,mereka pengkhianat wahabi yg di taja oleh raja saudi yg gila kuasa dan di sokong oleh syeikh2 dan amir2 arab yg gila dan zalim,wahabi takfiri dan mujasimah, laknatullah
cikmatgelap klu bodo jgn buat2 pandai..klu x reti belajar..jgn senang2 hati kau lempar fitnah dgn kata2 kesat kau tu..
Post a Comment