Thursday, July 31, 2014

Pakatan Tak Akan Berpecah Kerana Krisis S'gor. -Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin pakatan tersebut masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS melihat kepada gambaran lebih besar bersama-sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014.  
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin pakatan tersebut masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS melihat kepada gambaran lebih besar bersama-sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengatakan pendapat pemimpin akar umbi PAS bukannya pendirian rasmi parti tersebut, sekaligus mengurangkan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah.

"Saya kenal sikap pemimpin seperti (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi Awang. Beliau sangat komited kepada PR.
"Jadi saya sangat optimistik," kata Anwar di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi tentang jawatan menteri besar Selangor menyebabkan salah faham, namun beliau yakin pakatan tersebut masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS melihat kepada gambaran lebih besar bersama-sama.
"Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi," katanya.
"Saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan."

Pemimpin PKR itu berkata sedemikian mengulas cakap-cakap PR akan berpecah berhubung krisis jawatan menteri besar Selangor. PKR mahu menggantikan Khalid sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong menteri besar Selangor yang bermasalah itu supaya terus memegang jawatannya.

Kedudukan Hadi dalam isu ini mencetuskan pergolakan antara kepimpinan parti tersebut, dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokongnya sementara timbalannya pula berkata pendirian Hadi adalah pendapat peribadi beliau. Anwar berkata pendapat peribadi Hadi tentang isu tersebut terpulang kepada parti Islam itu untuk diselesaikan.

Beliau berkata PAS mungkin patut melibatkan presidennya dalam perbincangan untuk mendengar sebabnya dan menyelesaikan pandangan seperti wanita tidak patut dilantik sebagai menteri besar.

"Jika tidak, kesannya akan lebih teruk dalam jangka masa panjang," katanya.

Anwar berkata ianya anggapan semata-mata untuk mengatakan PR akan berpecah kerana perkara ini.
Katanya, tiada tanda-tanda sebegitu daripada kepimpinan PAS yang kekal komited kepada PR.
Anwar juga berkata beliau bertemu dengan Hadi pada malam Hari Raya Aidilfitri (Ahad) sebelum Hadi bertolak ke Terengganu.

"Saya bercakap dengannya malam sebelum Hari Raya untuk bersalaman raya. Bermakna komunikasi antara kami masih bagus.
"Tentulah ada pandangan dari bawah dan dakwaan yang perlu kami hadapi... namun saya memilih untuk tidak melayan mereka kerana setahu kami, kami punyai keyakinan penuh dalam sikap dan polisi kepimpinan pakatan ini," katanya. – 30 Julai, 2014. (TMI)




Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails