Friday, July 25, 2014

Pemisah Ukraine Akui Ada Peluru Berpandu Buk

Lokasi jatuhnya Malaysia Airlines MH17 di dekat pemukiman Grabovo, di wilayah Donetsk, 17 Juli 2014 Lokasi jatuhnya Malaysia Airlines MH17 di dekat pemukiman Grabovo, di wilayah Donetsk, 17 Julai 2014 (REUTERS/Maxim Zmeyev)

DONETSK - Seorang ketua pemisah Ukraine yang berpengaruh, Alexander Khodakovsky mengesahkan kumpulan pejuang pemisah pro-Rusia memiliki peluru berpandu anti-pesawat seperti yang didakwa Amerika Syarikat (AS) telah digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).

Dalam satu temu bual dengan agensi berita Reuters, Khodakovsky yang merupakan komander kumpulan Vostok Battalion membuat pengakuan itu buat kali pertama sejak pesawat tersebut ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu.

Menurutnya, kumpulan pemisah pro-Rusia memiliki sistem peluru berpandu Buk.
Peluru berpandu itu telah dihantar kembali ke Rusia sebagai usaha memadamkan bukti-bukti yang menunjukkan ia digunakan untuk menembak pesawat MH17.

Sebelum pesawat Malaysia itu ditembak jatuh, kumpulan pemisah pro-Rusia itu bercakap dengan bangganya untuk memperoleh peluru berpandu Buk yang boleh menembak pesawat pada ketinggian 10,000 meter.

Namun, sejak tragedi nahas itu berlaku, kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Rusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Republik Rakyat Donetsk telah membuat penafian ia memiliki senjata itu. Sejak pesawat MAS itu terhempas bersama 298 penumpang dan kru, isu yang dibincangkan kini ialah siapa yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu sehingga mengakibatkan pesawat MH17 terhempas di kawasan kumpulan pemisah pro-Rusia sedang bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine.

Khodakovsky menuduh pihak berkuasa Ukraine membuat hasutan dengan menyatakan terdapat peluru berpandu yang memusnahkan pesawat tersebut dengan menyatakan Kiev telah melancarkan serangan udara di kawasan yang menempatkan sistem peluru berpandu itu

"Saya tahu, sistem peluru berpandu Buk datang dari Luhansk. Ketika itu, saya diberitahu bahawa sistem peluru berpandu Buk di Luhansk datang dari Republik Penduduk Luhansk yang merupakan kumpulan pemisah pro-Rusia yang beroperasi di Luhansk, sebuah daripada dua wilayah pemisah bersama Donetsk iaitu wilayah yang menjadi lokasi pesawat itu terhempas.
"Itu adalah sistem peluru berpandu Buk yang saya dengari. Saya berpendapat, mereka (kumpulan pemisah) telah menghantarnya pulang (ke Rusia). Mereka (anggota-anggota kumpulan pemisah) telah dihantar pulang untuk menghapuskan bukti-bukti kewujudannya," katanya.

Menurut Khodakovsky, persolannya kini adalah Ukraine menerima bukti anggota-anggota sukarelawan itu mempunyai teknologi tersebut menerusi kelemahan Rusia.

"Ia (Ukraine) tidak melakukan apa-apa untuk melindungi keselamatan tetapi menghasut tentang penggunaan jenis senjata ke atas sebuah pesawat yang terbang bersama orang awam," katanya.
Khodakovsky berkata, kerajaan Ukraine tahu mengenai kewujudan Buk dan ia menuju ke Snezhnoye.
Snezhnoye merupakan sebuah kampung yang terletak 10 kilometer ke barat lokasi nahas pesawat MH17.
Seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Negara AS, Eileen Lainez berkata, kenyataan Khodakovsky itu mengesahkan kumpulan pemisah pro-Rusia menerima latihan, senjata api dan sokongan dari Rusia. - Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails