Thursday, July 24, 2014

Pemuda PAS S'gor Pertahan Khalid Kekal MB.
























Pemuda PAS Selangor mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dengan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan beliau mentadbir negeri itu hingga ke tahap lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

“Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.

“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya. (MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails