Pertukaran Khalid: “tetapi ia belum ada keputusan rasmi lagi” -S/U PAS
Setiausaha
agung PAS Datuk Mustafa Ali kata memang ada perbincangan di kalangan
pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Tan Sri Ibrahim
Khalid tetapi belum ada keputusan rasmi lagi. – Gambar The Malaysian
Insider, 21 Julai, 2014. Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa
Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi
menteri besar Selangor jika Tan Sri Khalid Ibrahim ditukarkan.
"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut
kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The
Malaysian Insider.
Mustafa juga berkata, memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS
secara tidak rasmi mengenai pertukaran Khalid “tetapi ia belum ada
keputusan rasmi lagi”. The Malaysian Insider hari ini melaporkan berdasarkan sumber, PAS telah
bersetuju untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sementara itu, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail
memaklumkan, PKR akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
malam ini untuk menentukan nasib MB Selangor itu. Bagi beliau, keputusan PAS yang menegaskan tidak menuntut kerusi itu
adalah satu yang sangat positif demi kepentingan Pakatan Rakyat dan
untuk meredakan ahli peringkat bawahan.
"Kita harap pimpinan PKR akan mengambil tanggungjawab besar ini diikuti
dengan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," kata Saifudin kepada The
Malaysian Insider. Menurut beliau, mesyuarat MPP pada 14 Januari lalu telah membincangkan
perkara ini dan telah memberikan mandat kepada ketua umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim untuk menguruskan dan membuat cadangan mengenainya.
"Anwar telah membawa perkara ini dalam mesyuarat biro politik dan keputusan akhir akan dibuat malam ini," kata Saifudin.
Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Kita
pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan
penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti
itu."
Isu MB Selangor panas sejak beberapa lama dan tidak selesai sehingga kini. Ia dikatakan menjadi salah satu punca populariti Pakatan Rakyat jatuh
merudum di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada Pakatan jatuh
kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya itu. – 21
Julai, 2014.(TMI) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fikir masak-masak, mengapa kata-kata ini lahir dari PAS,
- "Kita
pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan
penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti
itu."
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
2 comments:
keadaan akan menjadi sukar kpd PR di PRU akan dtg jika tidak berhati2
Jika ini catur nya, siapa sahaja yang di lantik MB, maruah nya di tapak kaki sahaja.... sungguh terhina sekali.... keputusan yang memihak dan bukan berpihak.
KeADILANan PKR, ommakkau !
Post a Comment