Friday, July 18, 2014

Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Oleh Militan Di Timur Ukraine..



Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini. Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Menurut Reuters yang memetik kenyataan sumber penerbangan di Moscow menyebut, pesawat itu ditemui terbakar di permukaan tanah di timur Ukraine.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini. Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine. Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia. Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter. Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk.

Berikut adalah perkembangan terbaru sejak jam 12.01 pagi, Jumaat  18 Julai.

12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.

Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia. Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat. Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat. (MK)


[Lihat VIDEO]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails