Friday, July 18, 2014

Puak Pemisah Nafi Tembak Pesawat MH17, Tuduh Tentera Ukraine


Keadaan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.



KIEV, Ukraine: Puak pemisah Ukraine di Donetsk menafikan bahawa mereka menembak jatuh pesawat penumpang MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS).

Timbalan Perdana Menteri Puak Pemisah Ukraine, Andrei Purgin (gambar) memberitahu, pesawat berkenaan telah ditembak jatuh oleh tentera kerajaan Ukraine.



Bagaimanapun Purgin tidak memberikan sebarang bukti berhubung dakwaannya.
Pada masa sama, kerajaan Ukraine menafikan telah menembak jatuh mana-mana pesawat pada Khamis.

Dalam nahas itu seramai 295 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban. (mStar)

No comments:

Post a Comment