Monday, July 07, 2014

Ramadhan 7 GRO Islam Antara 53 Diberkas.


SEBAHAGIAN GRO yang diberkas dalam serbuan di Seasons Tower di Jalan Changkat Thambi Dollah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kesucian bulan Ramadan bagaikan tiada makna bagi tujuh wanita Indonesia beragama Islam apabila ditahan bersama 46 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) lain dalam serbuan di sebuah rumah urut di Seasons Tower di sini kelmarin.

Hasil intipan dan penyamaran 39 pegawai dan anggota daripada Unit Pencegahan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman pada pukul 11 malam membawa kepada penahanan 22 wanita warga Vietnam, China (12), Thailand (10), Indonesia (7) serta masing-masing seorang wanita warga Laos dan Mongolia.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, kesemua wanita yang ditahan berusia antara 18 hingga 35 tahun. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails