Tuesday, July 15, 2014
Ramadhan Dicemari Aktiviti Seks, Gadis2 Ini Dicekup.
Pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berjaya menahan 11 wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Haji Ahmad, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua mereka membabitkan enam warga Vietnam, empat dari Thailand dan satu dari Laos sedang leka melayan pelanggan di tingkat bawah premis dua tingkat itu.
Difahamkan, kesemua mereka mendapat komisen ke atas setiap set minuman keras yang ditempah pelanggan, selain upah sebanyak RM200 jika ada pelanggan yang mahu bermalam.
Hasil pemeriksaan awal mendapati GRO berkenaan datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial manakala 3 wanita Vietnam didapati tiada dokumen perjalanan.
Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, penjaga premis turut ditangkap kerana membenarkan warga asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah.
“Ketika serbuan, mereka didapati berada di ruang bawah dan sedang melayan 37 pelanggan lelaki dan wanita yang sedang minum,” katanya.
Azlihan berkata, ketika polis sedang membawa kesemua mereka keluar, seorang daripada wanita terbabit bertindak kasar dan tidak mahu bekerjasama dengan polis.
“Ekoran itu, kita terpaksa menggari mereka sebelum kesemua yang ditangkap di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata, pemilik premis yang membuka pusat karaoke di tingkat atas dan tempat minum di ruang bawah mempunyai lesen perniagaan bermula 1 Julai lalu dan tamat tempoh 30 Julai ini. (UN)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Minggu depan Gro2 tersebut akan melayan lelaki2 di Raub pula.
Post a Comment