Thursday, July 10, 2014

Selepas Ditegur PM, Bung Mokhtar Mohon Maaf Pujian Untuk Hitler.


Akaun Twitter Datuk Bung Mokhtar Radin yang meminta maaf tentang kenyataannya mengaitkan kemenangan Germany dalam World Cup dengan Adolf Hitler. – Gambar diambil dari Twitter, 10 Julai, 2014.  

Akaun Twitter Datuk Bung Mokhtar Radin yang meminta maaf tentang kenyataannya mengaitkan kemenangan Germany dalam World Cup dengan Adolf Hitler. – Gambar diambil dari Twitter, 10 Julai, 2014. 

 Selepas ditegur oleh perdana menteri dalam satu kenyataan bertulis, Datuk Bung Mokhtar Radin sebentar tadi memohon maaf atas tweetnya yang telah menimbulkan kontroversi berkaitan kemenangan Jerman menewaskan Brazil dalam separuh akhir World Cup semalam.

“When Germany whacked Brazil I unintentionally said something that hurt the feeling of the people in Germany. MY SINCEREST APOLOGY. LONG LIVE BUNG,” (Apabila Jerman hentam Brazil, saya dengan tidak sengaja mengatakan sesuatu yang menyakiti perasaan rakyat Jerman. SAYA MOHON MAAF DENGAN TULUS IKHLAS. PANJANG UMURNYA BUNG), tulisnya dalam tweet terbarunya.

Tweetnya awal pagi semalam yang memuji Adolf Hitler menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna Internet, dengan Duta Jerman ke Malaysia Holger Michael menyifatkan kenyataannya sebagai “tidak boleh diterima.”

Holger berkata walaupun Jerman hargai sokongan ahli Parlimen Kinabatangan itu terhadap pasukan mereka, mereka tidak bersetuju dengan kiasan itu apabila dikaitkan dengan rejim fasis Hitler.
Pada 5.30 pagi semalam, Bung menghantar tweet: "WELL DONE... BRAVO... LONG LIVE HITLER..." (SYABAS... TAHNIAH... PANJANG UMURNYA HITLER) selepas kemenangan Jerman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan berkata:

 “Kenyataan Bung tidak boleh diterima dan salah. Dia akan menarik kembali kenyataan itu.”
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau rakyat biasa di Malaysia, yang memahami sejarah Eropah yang tragis dan menghormati perpaduan modennya.
“Ini merupakan masa untuk Jerman meraikan kemenangan dan kita ucapkan semoga berjaya dalam peringkat akhir nanti.” – 10 Julai, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

mp haprak lebih baik jaga binatang aja?????????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails