Wednesday, July 16, 2014

Sultan S'gor: Khalid Samad Biadap Pada Beta

 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang, laporan Utusan Online.

Baginda dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid (kanan) mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

"Keyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," baginda dilaporkan sebagai bertitah.

Utusan melaporkan, baginda sebagai bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan turut menghadiri majlis itu.

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan. (MK)

3 comments:

Anonymous said...

BBaginda harus faham hasrat rakyat Selangor. mereka tidak mahu sebenarnya JAIS dan MAIS mengikut telunjuk BN/UMNO.Malah tindakan Tuanku yang selalu menyebelah JAIS/ MAIS dilihat lebih condong kepada BN/UMNO.Jabatan Negeri harus berpaksi kepada Kerajaan Negeri. Kalau tidak apa maknanya , jika tindakan mereka yang dibuat tidak mengikut SOP selalu nya membelakangkan kerajaan negeri tetapi yang disalahkan Kerajaan Ngeri.

Anonymous said...

SULTAN HARD ROCK CAFE BERTITAH JANGAN DILAYAN SANGAT

Anonymous said...

Yang mengangkat sumpah jawatan depan sultan adalah
MB dan yang mentadbir kerajaan negeri adalah MB yang telah diperkenankan oleh sultan tapi sultan lebih mendengar nasehat ahli agama yang condong politik,jika politik itu ikut SOP kerajaan negeri yang mentadbir tidaklah songsang halatuju MAIS dan JAIS tapi sebaliknya berlaku ,soalannya disini adakah sultan keluar arahan atau nasehat dahulu kepada MAIS atau JAIS atau pegawai yang menguasai MAIS atau JAIS memberi nasehat yang salah ,adakah bila bersabit dengan hukum agama sultan lebih arif dari penasehat agama itu sendiri, itulah sebanya kedua-dua jabatan ini mesti diselia oleh pehak mentadbir negeri dan bukan sultan boleh mendengar dan mengambil bulat-bulat apa yang disuapkan oleh penasehat yang tidak sebulu dengan pemerentah negeri, sebagai contoh, dulu bekas penasehat agama yang mengambil tindakan sendirian MB juga yang terima padah untuk menyelesaikan dan sekarang dilantik pula Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,lantikan itu sepatutnya cadangan nama datang dari MB tapi yang berlaku sebaliknya, dengan sengahaja orang yang ada masaalah telah diperkenan oleh sultan sendiri,jadi bagaimana mungkin,pentadbiran dari MB yang diperkenan sultan dapat berjalan dengan lancar walhal sultan sentiasa saja dapat maklumat tadbiran negeri dengan fakta yang benar dari MB, jadi siapakah yang salah sebenar, sultan boleh guna kuasa tapi rakyat hanya mahu melihat sultan ketahui keadaan sebenar bukan hanya mendengar nasehat yang dari orang salah,Ingatlah rakyat telah cerdik dan lihat keadaan sekeliling apa yang berlaku seharian,,jika begini keadaan bagai MB hendak mentadbir, kemungkinan kekekalutan berlaku ada hubung kaitnya dengan campur tangan dari istana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails