Wednesday, July 02, 2014

Tahun Ini Di Norway, Puasa 20 Jam.

Sebagaimana halnya, Denmark, Finland, Sweden, negara Norway merasa berpuasa dalam tempoh lama di tahun ini.

Norway dipisahkan dari sebahagian besar negara-negara dunia Islam oleh benua yang sempurna, iaitu benua Eropah di bahagian selatan, dan di bahagian timur dipisahkan oleh juga oleh benua lain yang kurang lebih sama sempurnanya, iaitu benua Asia. Norway terletak di hujung utara Eropah, kurang lebih sama seperti negara-negara Scandinavia lain yang terletak di tepi Lingkaran Artik.

Bagi kaum Muslimin yang menetap di Norway terutama dari Asia kedatangan bulan Ramadhan laksana media untuk mengingatkan mereka kepada keluarga yang mereka tinggalkan dan nilai-nilai spiritual agama Islam.

Keadaan semacam itu tidak jauh berbeza dengan yang berlaku di Norway. Kaum Muslimin yang menetap di sini menunggu kedatangan bulan suci tersebut untuk mempertebal keimanan. Puasa yang jatuh di musim panas boleh berlangsung lebih dari 19 jam.  


Nah, ternyata untuk negara yang digelar negeri Viking ini, Norway waktu berpuasa akan jauh lebih panjang yakni 20-21 jam. Maha suci Allah yang memperjalankan. Ramadhan yang jatuh pada 28 Jun sebagai hari pertama puasa tahun 1435 H, maka Norway dan beberapa negara Eropah lain lebih banyak mengalami waktu siang yang lebih lama

Hal ini akan menjadi pengalaman dalam menjalani waktu puasa terpanjang. Ini bermakna, hampir sepanjang hari matahari akan tetap di langit Norway dan dipastikan hanya sedikit sekali waktu antara berbuka puasa dan sahur. Apabila aktiviti ibadah Ramadan di Norway dihuraikan, akan terlihat jelas cabaran puasa di negeri Viking ini

Dari mula waktu berbuka puasa sehingga waktu sahur semua jeda waktu terasa singkat, walaupun demikian warga Muslim di Norway tetap melaksanakan aktiviti Ramadhan seperti biasa dan masjid-masjid yang ada di Stavanger dan Sandnes melaksanakan sembahyang tarawih dengan 1 juzz tiap 1 malam.

Bukan hanya cabaran rangkain waktu diatas yang terbilang singkat, pada musim panas suhu udara juga naik menjadi sekitar 25-31 darjah Celsius di siang hari. Hal ini mengakibatkan tekak menjadi sangat kering kerana suhu udara yang tidak lembab. Tentu saja waktu siang yang panjang pun menjadi cabaran luar biasa untuk menunaikan ibadah puasa dengan baik.

Norway bukanlah negara paling hujung di dunia. Negara-negara jiran seperti Denmark, Finland, Sweden, dan lain-lain juga mengalami hal yang sama, puasa dengan tempoh masa yang lama di tahun ini.Bahkan dijangka tidak akan ada sama sekali waktu malam kerana langit yang terang benderang. Menjalani puasa di Norway adalah pengalaman dan cabaran berpuasa dalam tempoh masa yang sangat lama.

Fenomena ini juga membuka cakrawala berfikir dalam melihat persoalan-persoalan Fikih secara lebih mendalam kerana berpuasa di Asia khususnya Malaysia, aktiviti berpuasa dari tahun ke tahun tak terlalu mengalami perubahan masa. Maha suci Allah yang memperjalankan. Semoga Ramadan kali ini menjadi jalan sabar bagi kami untuk mengharap ampunanNya. Ramadan Mubarak untuk semua kaum Muslimin. Mari berlumba dalam kebaikan. (IH/H)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails