Tuesday, July 22, 2014
Tentera Ukraine Henti Serangan Di Lokasi Nahas
KIEV - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam memberitahu bahawa beliau mengarahkan tentera kerajaan menghentikan serangan di kawasan seluas 40 kilometer di lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas pada Khamis lalu.
"Saya telah mengeluarkan arahan serta-merta supaya tentera kerajaan tidak membuat sebarang operasi dan melepaskan tembakan di kawasan seluas 40 kilometer persegi di sekitar kawasan nahas," katanya.
Ujarnya, beliau juga mahu pasukan penyiasat dari Rusia terlibat sama dalam siasatan tragedi tersebut bagi memastikan ia berjalan dengan telus. Seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal terkorban selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dipercayai menggunakan peluru berpandu di sempadan Ukraine dan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat jenis Boeing 777 itu berkecai di udara dan terhempas di Grabovo, wilayah yang dikuasai pejuang pemisah Ukraine yang pro-Rusia. Ketika ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab malah Ukraine dan Rusia saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
The Ukrainian air forces have carried out a missile strike in 30 kilometers from the Malaysian MH17 plane crash site – despite the 40-kilometer ceasefire, Ria Novosti news agency reported.
Post a Comment