Friday, July 11, 2014

Tewas Pemilihan PKR, Saifuddin Akur ...

















Calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akur dengan kekalahannya dalam pemilihan parti 2014 dan menganggapnya sebagai kehendak akar umbi walaupun menawarkan pengalamannya, rekod kerja serta kesetiaan kepada parti sejak 15 tahun lalu.

Saifuddin (gambar) berkata, ternyata bukan itu yang ahli parti mahukan dan menghormati keputusan mereka sebahagian daripada lumrah politik.

"Kempen saya cukup minima. Isi borang pencalonan, hubungi dan jumpa kawan-kawan parti di semua peringkat... nasional, negeri dan cabang, terangkan misi dan rancangan saya kiranya terpilih dan selebihnya terserah mereka membuat pilihan.
"Mereka telah buat pilihan dan saya hormati.
“Oleh demikian saya tidak begitu terkesan dengan kekalahan saya.
"Saya tetap kekal dan berjuang terus dalam PKR," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau tidak menjangka keputusannya untuk bertanding menyebabkannya sering diserang dan difitnah.

"Kawan-kawan dekat menjauh kerana lebih awal menyokong calon lain.
"Kawan-kawan jauh yang memang selama ini tidak sukakan saya semakin kencang menyerang," katanya.

Tegasnya, jawatan parti sepatutnya dijadikan ruang untuk memberi khidmat dan bukannya mengharapkan habuan atau menganggapnya sebagai milik peribadi mahu pun untuk membina empayar diri. Katanya, kepimpinan yang terpilih kali ini akan memikul tugas berat bagi mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Saifuddin membentuk kem “Masa Depan Bersama” dengan dua calon naib presiden PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keputusan terkini pemilihan PKR 2014 menunjukkan penyandang Mohamed Azmin Ali jauh mendahului dua pesaingnya dengan 21,066 undi sekaligus hampir pasti mengekalkan kerusinya sejak 13 tahun lalu.

Jumlah undian yang disiarkan dalam laman web rasmi PKR semalam menunjukkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima 17,608 undi manakala Saifuddin hanya mendapat 9,944 undi sahaja.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Rafizi dan berharap Ahli Parlimen Pandan itu menang dalam pusingan akhir di cabang Kelana Jaya dan Puchong 10 Ogos ini.

"Rafizi satu-satunya pemimpin dalam PKR yang mewujudkan program latihan dengan biaya sendiri sebagai kaedah recruitment anak-anak muda profesional menyertai parti.
"Harapan saya adik saya Rafizi yang saya kenal sejak zaman pelajarnya, yang saya lantik sebagai Exco Pemuda PKR semasa saya memimpin pemuda (Ezam Mohd Nor dalam Kamunting), yang saya pujuk tinggalkan Petronas untuk sepenuh masa dengan parti... dapat terpilih sebagai salah seorang naib presiden," katanya. – 10 Julai, 2014.

Lihatsebelum ini.
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan? 

1 comment:

  1. Kita tunggu dan lihat jika Azmin dipilih untuk memimpin PKR akan tersungkurlah party PKR dalam lumpur yang ahli PKR sendiri cari untuk lemas didalamnya,kita lihat belum pun jadi ketua untuk memmimpin sudah ada kroni yang memburuk-burukan laesiapa saja yang tidak sejalan dengan diri dia yang gilakan kuasa,contoh mudah MB pemimpin Negeri yang menjaga kepentingan rakyat dan ia sendiri hanya ketua party bagi negeri selangor dan tidak dilantik menjadi MB maka semua tadbiran yang dibuat oleh MB adalah salah mengikut tafsiranya,apakah dia tidak sedar memimpin party tidak sama memmimpin kerenah rakyat.kita lihat nanti bagaimana jika benar TKI meletak jawatan dan pengantinya akan mengambil alih sudah tentu bagi Azmin ada yang tak betul. tunggu dan lihat.PKR akan lingkup dan musuh akan guna kesempatan itu diatas kegilaan kuasa yang dikejar oleh orang yang bernama Azmin ini bekas kader UMNO.

    ReplyDelete