Friday, July 04, 2014

Tonton P/Dunia Alasan Sambut Tarawih Dg Khalwat..


Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat.

Gadis berusia 24 tahun itu yang dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud menyatakan pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah. (Pelbagai sumber)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kegiatan menonton sukan se cara keterlaluan dan membazirkan  masa di kalangan orang ramai pun perlu dikaji semula. Perlukah dihadkan masa terbuang di kalangan rakyat yang menontonnya? Berapa juta jam sehari dihabiskan depan tv lihat Piala Dunia tanpa buat kerja-kerja berfaedah? 

Adakah menguntungkan atau merugikan ekonomi, pendapatan, pembelajaran, rakyat secara keseluruhan? Atau hanya membuncitkan perut-perut ekonomi kapitalis yang sudah kekenyangan?

Apa faedahnya untuk agama dan hari akhirat. Atas nama 'Piala Dunia' segala kemungkaran berlaku, cerita di atas baru sekelumit contoh kecil.. Lain lagi perjudian, penipuan, gaul bebas dan segala macam skandal.. Fikirlah dan kaji semula..

No comments:

Post a Comment