Tazkirah 7
MENGULAS persoalan di atas, mari kita lihat dulu status wanita sebagai pemimpin menurut Islam. Secara ringkas..
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Imam Al-Mawardi r.a [1]
(450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri
ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai
dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan.
Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki' sebagai salah satu daripada 10
syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid' tetapi tidak di peringkat
‘tanfiz'.
Dua:
Menurut Imam Hasan Al-Banna
[2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah
atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad),
wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan
lain-lain bentuk umum.
Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan
al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa
sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di
kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam
Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah
melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan
wanita.
Tiga:
Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. [3].

Empat:
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.
Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah..
4 Perkara Seperti Berikut..
4 Perkara Seperti Berikut..
1. Kisah kepimpinan wanita
di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang
pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa
kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
- Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)
[Perhatian:
Terdapat hadits shahih yang melarang wanita sebagai kepala negara. "Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita" (HR. Bukhari). Lafadz wallau amrahum dalam hadits ini bererti mengangkat seseorang sebagai waliyul amri (pemegang tampuk pemerintahan)].
2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :

a. Beliau menyatakan bahawa
perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan
wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia
diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan
dengan kisah tauladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang
berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :
قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
- Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)
b. Mengambil kaedah
fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari
ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara
malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang
lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki.
Ini bermakna, kita perlu
memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan
‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu.
Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa
isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut
peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI
SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN
KELAYAKAN.
3. Hadith tadi juga memberi
kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah, wanita memang
kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun
di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi
selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah
meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa
dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar.
Justeru,
dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf
seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita
boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain.
4. Dalam masyarakat di
bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan
kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia
memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara
kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan.
Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau
menurut apa jua tafsiran.
Lima:
Lima:
Prof Dr. Mohammad Hashim
Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memegang semua jawatan
kepimpinan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala
jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim
adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. [4]
Enam:
Al-Imam As-Syawkani (1255
H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi
dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan, fuqaha’
juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :
- Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dua darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim [5])
Lafaz kalimah “Qadhi”
(kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang diguna di
dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk
kaum lelaki, demikian juga pemerintah.
Rujukan:
Rumusan:
Saya lebih bersetuju pandangan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi (Empat). Walaupun begitu, kita kena berhati-hati. Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini sama sekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah yang bermula dari era Nubuwwah hingga kini.
Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN. Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) dikatakan berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki. Hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi anutan mereka. .
Rujukan:
[1]. Ibid, hlm 22
[2]. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris
[3] An-Nizom As-Siyasi Fil Islam, hlm 335
[4]. Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89
[5] Nailul awtar, As-Syawkani, 8/617, cet : Dar al-Fikr
Rumusan:
Saya lebih bersetuju pandangan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi (Empat). Walaupun begitu, kita kena berhati-hati. Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini sama sekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah yang bermula dari era Nubuwwah hingga kini.
Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN. Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) dikatakan berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki. Hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi anutan mereka. .
Justeru, sebagai muslim lagi mukmin yang berjuang dalam kelompok jemaah Islam, sewajar lebih tahu dan jelas tentang perkara ini!
Lihat sebelum ini..
- Ini Langkah Pertama 1 Ramadhan. Hidupkan Hati. Bag... (Tazkirah 1)
- Ramadhan: Hidupkan Hati, Pilih Pemimpin Diridhai A... (Tazkirah 2)
- Anakku, Berpuasalah! (Tazkirah 3)
- Ramadhan, Pertolongan Allah Pasti Datang. (Tazkirah 4)
- Kisah Si Motor Besar. Bukan Derma, Tapi 'wajib ban... (Tazkirah 5)
- Cintailah Ramadhan Dengan Jujur. (Tazkirah 6)
1 comment:
he..he.. Wan Azizah di lantik bukan bersandarkan dalil-dalil rujukan tetapi di lantik atas percaturan kronisme dalam autokrasi pemerintahan.
Jika zaman Nabi SAW boleh sahaja baginda melatik S.Khadijah kerana ketokohan yang telah terbukti. Malah dalam banyak perkara, isteri Nabi tercinta ini lebih tahu dan sering di rujuk oleh Nabi, begitu juga Aisyah yang cerdik, bijak dan mengingati sabda-sabda melalui hafalan.
Bukan kah contoh kedua-dua Wanita ini begitu layak ? Cuma yang kalut ialah AIb.
Post a Comment