Tuesday, July 22, 2014

Wan Azizah MB, Rafizi, Johari & Saifuddin Penasihat?



Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli  (gambar)dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu. Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini. Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan. Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau. Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu. (MK)


Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

2 comments:

Anonymous said...

Kah 100x..nepotisme,..bodoh betol yg sokong...dok canang perempuan x blh jd ketua...sekali daaaa

Anonymous said...

Jatuhkan Khalid Ibrahim, reformasi! reformasi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails