Tuesday, July 08, 2014

Wan Azizah Perlu Tegas, Banteras Ftnah -Kata NGO Sokong Khalid



Mazli Saring, Presiden Penaja Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB (Pasmeb) bercakap kepada media di hadapan IPD Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 7 Julai, 2014. 
Mazli Saring, Presiden Penaja Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB (Pasmeb) bercakap kepada media di hadapan IPD Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 7 Julai, 2014. 

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail digesa supaya bersifat lebih tegas dan memberi amaran kepada anggota parti untuk tidak melakukan tindakan menyebarkan fitnah kerana ia mampu menghuru-harakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pakatan anak-anak Selangor menyokong menteri besar Selangor (Pasmeb), Mazli Saring hari ini berkata, sejak pemilihan PKR berlangsung sehingga hari ini, pelbagai fitnah dan isu kepimpinan Khalid mula timbul dan menjadi pertikaian.

"Saya nasihatkan presiden berikan arahan tegas, jelas kepada anggota supaya jangan keluarkan isu berbahaya. Rakyat nak hidup aman damai.
"Bukan setakat budak nakal ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, kesinambungan pemilihan PKR membuatkan perkara seperti ini berlaku.
"Kalau mahu tukar menteri besar sekalipun tunggu hingga habis penggal," katanya, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam terhadap penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu berhubung perletakan jawatan Khalid hari ini.
"Laporan polis ini dibuat terhadap SMS menggunakan nama Bernama tentang laporan palsu dan fitnah yang mengatakan Khalid akan meletak jawatan jam 2 petang ini,
"Tapi sehingga hari ini beliau masih belum meletakkan jawatan.
"Tujuan fitnah ini cuba menghina institusi beraja di Selangor. Saya berkeyakinan, pihak yang buat kenyataan ini ada niat buruk kepada menteri besar," katanya.

Sejak malam tadi, SMS palsu diedarkan mengatakan Khalid akan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Sultan Selangor. Kemudian, individu yang tidak bertanggungjawab kemudiannya menggunakan nama Bernama, agensi berita nasional mengatakan Iskandar Samad akan dilantik sebagai menteri besar menggantikan Khalid.

Bernama bagaimanapun menafikan melakukan perkara itu.

"Saya bukan menuduh, tapi kerana krisis yang terjadi ini disebabkan PKR, krisis kepimpinan menteri besar," kata Mazli.

Mazli berkata, pihaknya tidak menolak motif fitnah itu adalah bagi melaga-lagakan institusi beraja dan kerajaan negeri Selangor. Mazle turut membawa salinan keratan akhbar Malaymail bertajuk "Khalid Will Resign as Menteri Besar today?" ketika membuat laporan polis tersebut.

"Saya yakin mereka dapat info daripada orang yang sama, dan daripada PKR," tambahnya. – 7 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

2 comments:

Anonymous said...

jikalau gelombang dalam cawan tidak dapat diredakan.biarlah rakyat memberi penjelasan dan keputusan muktamad.sesunggohnya kuasa dan perlantikkan kalian datangnya dari rakyat.biarlah rakyat menentukan siapa pilihan mereka,bukankah perlantikkan kamu kalian adalah hak kekal mutlak rakyat?.demi kesusahan rakyat dengan
kos hidup melanggit,kesukaran mendapat pekerjaan[pekerja pasaraya,pasar pasar serta kedai kedai dikuasai pendatang halal dan haram]kalian tidak ada kerja lain berbalah bergadoh berebut kuasa.rakyat lantik kamu kalian untok kesejahteraan rakyat bukan bergadoh demi jawatan.berapa kerat dari kamu kalian yang turun padang membuat bancian berapa ribu rakyat kamu yang masih menjadi pengangor?anak yatim piatu hidup merempat,kos hidup melambong tanpa noktah?ada wakil rakyat kamu turun mengambil peduli tentang rakyat kawasan mereka,ada?.jangankan ada batang hidung pun tak nampak.kalau mereka turun padang pun mereka hanya kerumah orang orang kuat mereka aja,kesurau atau masjid demi touch and go dan tak pernah menjadi imam jauh sekali nak bertanya khabar.kalaulah gelagatnya sebegini rupanya,kalian tunggu gelombang rakyat bangkit membuat perhitongan.rakyat tak akan peduli gelombang dalam cawan.

Anonymous said...

PKR ni baru perintah negeri dah berebut kuasa. Agaknya sebab tu Allah tak bagi lagi PR ni perintah Malaysia kalau tak tiap-tiap tahun asyik tukar PM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails