Monday, August 04, 2014

2 Nama Lain Selain W/Azizah Calon MB -PKR Nafi


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak khabar angin dan laporan berita yang mengatakan ADUN Ijok Datuk Idris Ahmad atau Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, termasuk alternatif lain menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. PKR menafikan ada nama lain selain presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diletakkan sebagai calon menteri besar Selangor.
 

"Malam tadi di mesyuarat biro politik Azmin Ali turut hadir dan bersetuju keputusan parti bahawa Datuk Seri Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan

"Kita menegaskan mengekalkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," kata beliau dalam sidang media hari ini.


Semalam berapa media memetik laporan sumber bahawa PKR mencadangkan nama alternatif berikutan ketidakpuasan beberapa pihak dalam partinya atau rakan sekutunya terhadap cadangan nama Wan Azizah.

"Dalam konsensus mesyuarat pimpinan dalam pakatan sebelum ini PAS dan DAP bersetuju hak menamakan menteri besar itu hak PKR," kata beliau. (MK) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

Post a Comment