Monday, August 11, 2014

6 Sebab Kekalkan Khalid, Buang Anwar..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHxqD7eT4RR4H5Pks0ndq-UTfz0QUlG0oYDMWHSh-a2s-LP5ND_J5O1244-SVrzsvC_laTwHTbi9Xa41vWgX1Xhr9gqpHbnlGIaW21-TBQr7snJ7IQxfSmWQzWrnAkYlduTDFo8M-F7fo/s1600/DownloadedFile-1.jpeg
 
SESAORANG menghantarkan artikel ini dan memberi komen..  
 
Anonymous said...
Artikel: 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.
 
1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
 
2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.
 
Baca seterusnya… http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409 
 
[ Sambungan diangkat dari sumbernya:
3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR. ]

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.

11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014


Kesimpulan: Kalau Macam nie BESAR JASA pon PKR dan DAP TAK PANDANG, kata Masih Tak Betul, Tak dengar arahan Parti, Tak Telus dsbnya… jadi yang lain dlm PKR dan DAP Cuma Hampeh, Sampah Masyarakat, Malaun Yang Nak Merompak Kekayaan di Negeri Selangor.. LUU PIKIR LAA SENDIRI…Keadilan Jenis Apa yang Kamu nak Tegakkan???

Buang Anwar Ibrahim... PKR akan jadi lagi Kuat dan Maju.
August 10, 2014 at 5:44 PM 
Lihat sebelum ini


E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

11 comments:

Anonymous said...

jgn tipu la. hutang bank pun tak bayar. inikan pula nak kluar duit belanja org.
siapa yg sokong Khalid ni memang malas mbaca. sbb hutang dia, dia dah jual Langat 2 pada umno yg akan ditanggung oleh rakyat Selangor.
dia nak bagi rm2bil pada sykt2 air kroni ummo yg nak muflis.
korg baca sendirilah di laman rafizi.

Anonymous said...

Lebai, baik ko tanya sendiri DSAI betul ke dak....
Jgn jadi pembaca berita je. Analisa la sikit
Pemalas punya lebai..

Anonymous said...

Baguslah kalau bagitu baiknya TSKI patutlah kita puji diatas keluhuran memberi bantuan itu tapi satu yang dia tidak ada pada dirinya ialah patuh dan taat pada kepimpinan parti,walaupun yang memimpin kita itu seorang wanita yang mungkin dapat ilham arahan dari suami yang berasa semua mesti dengar cakap aku,jika Khalid patuh dulu pada arahan mungkin dia boleh dilantik semula selepas direwind semula kebijaksanaannya bila dibandingkan dengan pengantinya yang mungkin hanya retorik, biasalah dalam politik, kalau diputar balik sejarah jawatan MB Selangor ini semuanya bermasaalah sebabnya hanya satu pemegang jawatan ini berasa mereka boleh kawal kekayaan negeri disamping mencangkul harta rakyat negeri terkaya di Malaysia ini.Sudah 14 MB Selangor ini bermula 1953 hingga 2008 kecuali 1954-1955 kesemua MB dari UMNO dan kesemuanya bermasaalah hinggalah sampai ke PKR pun yang belum pun sampai dua penggal telah jadi masaalah,yang hanya disebabkan tidak kesepakatan pendapat antara pemimpin dalam pakatan sendiri.Bagaimana hendak tadbir negara jika rakyat beri mandat kelak.

Anonymous said...

Walaupun dia banyak berjasa membantu PKR, dia tak boleh buat sesuka hati dalam pentadbian negeri Selangor. Macam UMNOBN walaupun pemimpin dulu banyak buat jasa kepada negara, tapi oleh kerana pemimpin UMNOBN sekarang dah banyak buat kesalahan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, kita tak boleh terus sokong. Kena ganti dengan yang lebih baik lagi.

zamani said...

kamu boleh tulis apa yang kamu tahu tapi kamu bodoh macam lembu.bolehkah seseorang di panggil hartawan jika duit dia 10 bilion sedangkan hutangnya 11 bilion yang baik tetap baik tapi yang tak baik juga tetap juga tak baik dan harus di hukum.ada kah kita perasan semua pencuri banyak kali membuat kebaikan tapi bila dia tertangkap mencuri,hancuuuuuus.faham.

PKR selamanya said...

TSKI yang nak beri dan itu mmg tanggungjawab dia sebagai ahli untuk membantu parti. Kenapa nak guna/ungkitsesuatu yang mmg menjadi kewajipan ahli parti membantu parti jika ada masalah.
PKR tak perlu berterimakasih kepada TSKI. TSKI yg perlu berterimakasih kpd PKR dan DSAI kerana memberi peluang dan menjadi platform TSKI utk menghancurkan UMNO.
Sedangkan UMNO yg korup pun kita HARAM berterimakasih, inikan pula TSKI, seorang individu yg cuba menentang DSAI dan keluarganya.
Jatuh TSKI dan naiknya DSWA dan DSAI akan memakmurkan lagi Selangor.
Kalau jenis pak lebai yg tak tau politik, baik jgn main politik, pi main ting-ting je. Tunggulah kehancuran PAS dan UMNO sedikit masa lagi.

[O] X said...

Pak Lebai kolot masih banyak.
Boleh menghafal ayat
Tapi tak boleh nak buat...

[O] X said...

Setuju sangat2

Anonymous said...

Jatuh kan bee end yg paling utama.... Apa2 yg menghalang atau nampak macam halangan perlu dijatuhkan dahulu...

Anonymous said...

Nampak sangat DSAI tak sabar nak jadi mb. Mula mula letak bini dia, lepas tu suruh bini dia undur supaya DSAI yang boleh naik. Dasar otak Yahudi

Anonymous said...

Betul.betul, betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails