Friday, August 01, 2014

Akar Umbi Jelak Dengan Politik Khalid?

Lima cabang PKR di Selangor membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Para pemimpin cabang itu mendakwa gesaan itu "mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid".

"Umum sedia maklum, tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangi pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
"Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan.
"Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Lima ketua cabang tersebut adalah Mohd Yahya Mat Sahri (cabang Tanjung Karang), Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar). Ini merupakan kali pertama ketua cabang daripada keseluruhan 22 cabang PKR di Selangor mengemukakan pandangan mereka tentang kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan sama, lima orang tersebut turut menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

"Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN PKR di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar.
"Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota PKR termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat.
"Bersatu hatilah dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai yang lalu iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor," kenyataan mereka dipetik. (MK)



Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails