HALAMAN HIBURAN
Penyanyi
Aril Pilus mengakui mendesak isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat
Aminuddin, 28, berhenti kerja sebagai pramugari di Saudi Arabian
Airlines di Arab Saudi.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia
telah memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada isterinya itu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi merancang untuk mendapat cahaya mata pada tahun depan.
"Ini bukan pilihan tapi desakan. Saya bagi tempoh dia bekerja
hingga hujung tahun ini dan saya memang mahu anak pada tahun depan.
"Sejak berkahwin kami memang sukar untuk berjumpa kerana dia
tinggal di Jeddah dan terpaksa ambil cuti panjang jika ingin pulang ke
Malaysia.
"Jadi saya bagi tempoh hingga akhir tahun ini pada isteri supaya
dia puas melalui kariernya dahulu dan tidak menyesal selepas berhenti
kerja nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM,
di Restoran Bora Ombak, di sini baru-baru ini.
Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja
dalam bidang pernerbangan sama ada sebagai tenaga pengajar atau
pramugari sambilan di syarikat penerbangan lain. Ini kerana jelasnya, dia memahami minat mendalam isterinya dalam bidang tersebut yang diceburi hampir enam tahun lalu.
"Saya faham dia sangat taksub dengan kerjaya dia sekarang, dia
boleh bercerita tentang enjin kapal terbang dan memiliki pengetahuan
tentang industri penerbangan.
"Saya tidak akan halang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut," ujarnya.
Mengulas tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada
Malaysian Airline System Berhad (MAS), Aril berkata, dia sedar risiko
yang dilalui isterinya ketika bertugas.
"Bukan setakat insiden terhempas malah risikonya lebih tinggi kerana isteri saya bertugas di negara Timur Tengah yang bergolak.
"Saya kini lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari kerana tidak
semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari,"
katanya.
Dalam pada itu, Aril menegaskan, dia tidak membenarkan isterinya
menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari.
1 comment:
Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.
Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.
Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?
Post a Comment