Sunday, August 24, 2014

Belia & Beliawanis: Bersukan Dapat Pahala. -Dr Ramli Mamat

 


SUKAN

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menghidupkan semula aktiviti sukan membabitkan wanita dan beliawanis termasuk sukan bola jaring setelah ‘diberhentikan’ pada 2008.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat berkata kerajaan negeri kini mengatur jadual aktiviti sukan sesuai dengan mereka termasuk bola jaring. 

Keterbukaan kerajaan negeri itu kerana masyarakat kini termasuk non-muslim memahami kerajaan mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, di bawah kepimpinan ulama.

“Di samping itu, usaha dilakukan bagi melahirkan generasi yang bermaruah, menerajui perubahan, menjadikan setiap aktiviti termasuk bersukan bertujuan ‘ibadat’ kepada Allah swt.
“Kita mahu beliawanis mempunyai aktiviti yang sihat, yang kemudian mampu melahirkan generasi yang sihat pula, bahkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi,” ujarnya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Kelantan bersama masyarakat antara kaum di Dewan Undangan Negeri Kota Lama di sini semalam. Program dirasmikan Menteri Besar Kelantan itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Adun Kota Lama.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Dr. Ramli mengulas dakwaan mempertikaikan peraturan pihak kerajaan negeri tidak menggalakkan penonton lelaki pada permainan bola jaring termasuk Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Peringkat Dewan Undangan Negeri (27  Ogos) dan Peringkat Parlimen (6 September hingga 25 Oktober).

Beliau berkata, peraturan diadakan penganjur adalah sebagai ‘guide line’. Dan  ‘guide line’ itu diadakan adalah atas saranan pemain bola jaring wanita dan beliawanis itu sendiri.

“Di samping kita bersukan, kita juga dapat pahala, itu antara tujuan pengajaran Islam ‘rahmatan lil’aalamin’,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang berjiwa Islam, mahukan supaya mereka tidak dilihat dan disaksikan oleh kaum lelaki, sebaliknya penonton wanita dan beliawanis saja.

“Dan saranan itu sendiri selaras dengan dasar kerajaan negeri, dan kita amat bersetuju," katanya.

Katanya, namun pihak kerajaan negeri bukan menghalang terus daripada disaksikan penonton lelaki, tetapi idealnya digalakkan hanya penonton wanita dan beliawanis saja.

“Kita mahu, biarlah apa yang kita buat itu kita rasa beribadat kepada Allah swt, di samping kita bermain itu, kita dapat pahala," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Oie Poh Choon berkata hubungan Kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat Cina di negeri ini adalah ‘rapat’.

“Kita berharap MB baru pun, boleh serupa Tuk Guru dulu yang jelas melaksanakan keadilan kepada rakyat.
“Dalam konteks sukan itu pula, kalau kita lihat dengan mata sihat, kita hormat kepada kerajaan negeri yang menyuruh berpakaian sopan kepada pemain. Sebenarnya kalau bermain dengan berpakaian sopan, OK.
Foto
Tentunya bukan sukan yng berpalaian begini yang dapat pahala.

“Kita ni negeri yang Membangun Bersama Islam. Oleh itu dalam peraturan bersukan, kita bersukan, cuma tidak sekat langsung untuk penonton lelaki menyaksikannya," katanya. - HARAKAHDAILY 24/8/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails