Friday, August 29, 2014

Berubat Dengan Sinar Matahari Pagi..


Sinar matahari pagi itu mengandung Vitamin D

 

 

 

 

 

 


Cahaya matahari adalah anugerah Allh SWT, merupakan sumber penghidupan bagi kita mahupun makhluk hidup lain. Khusus bagi tubuh kita sangat dianjurkan untuk selalu memanfaatkan cahaya matahari itu. Matahari yang dimaksudkan di sini adalah matahari pagi.

Berbeza dengan terik matahari disiang hari yang bila terlalu lama terpapar di bawahnya boleh menyebabkan kanser kulit. Tetapi sinar matahari pagi ini, mempunyai manfaat kesihatan, baik bagi tubuh dan tulang kita.


Bukan rahsia lagi kalau sinar matahari pagi itu mengandungi Vitamin D. Vitamin D merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu pembentukan dan penyelenggaraan tulang bersama vitamin A dan vitamin C. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Vitamin D banyak terdapat di dalam susu, daging, hati, susu, kuning telur dan mentega. 

Sebenarnya cahaya matahari tidak mengandungi vitamin D tapi membantu pengaktifan vitamin D.

Vitamin D yang sudah masuk dan diserap oleh tubuh lalu diproses di dalam hati kemudian disimpan di bawah jaringan kulit dalam bentuk tidak aktif, di sinilah sekarang peranan sinar matahari untuk membuat vitamin D menjadi aktif. Sinar matahari boleh mengaktifkan vitamin D jika kena dengan kulit sekitar 10-15 minit.

Jadi sebenarnya cahaya matahari tidak mengandungi vitamin D tapi membantu pengaktifan vitamin D. Untuk itu sangat penting bagi kita untuk mendapatkan paparan sinar matahari. Dan yang perlu diingat hanya sinar matahari pagi, iaitu antara pukul 07.00 hingga sekitar 09.00 pagi. Diluar waktu itu sinar matahari di siang hari harus dielakkan kerana boleh menyebabkan kanser kulit.

(sumber: Emingko, uniqpost)
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails