New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya.
Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan.
Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu. Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai.
Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan.
Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak lagi menghubunginya. Dia kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar. (http://mynewshub.my)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah demokrasi dan kebebasan di AS, yang menjadi anutan atau kiblat kepada puak-puak jahiliah di mana-mana, hatta dalam negara umat Islam sendiri. Contohnya di Malaysia, mereka bebas berpelukan, berciuman lelaki perempuan yang bukan muhrim depan khalayak ramai, tiada apa-apa tindakan boleh diambil terhadap mereka.
Boleh berpakaian telanjang, atas nama seni atau sukan, walau gambarnya disebar seluruh dunia, takde apa-apa. Seorang pelacur menulis di dahinya 'aku pelacur', berjalan di tengah-tengah bandar, tiada undang-undang boleh menahannya. Tapi, kalau buang sampah di tempat terlarang, boleh didenda RM500, jangan main-main.
2 comments:
Tuan Admin untuk pengetahuan tuan Parti Islam Semalaysia (PAS) turut menjunjung demokrasi bolehkah ia kontradik komen tuan.
T.kasih atas komen tuan.
Memang PAS pilih laluan melalui pintu demokrasi. Tetapi memilih ciri-ciri demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam. Iaitu berjuang Islam melalui peti undi, tidak militan.
Sementara banyak lagi ciri-ciri demokrasi yang bertentangan dengan Islam, termasuk ciri-ciri yang dikategorikan kononnya sebagai tidak politik atau disekularkan.
Hal ini dapat di selesaikan kalau PAS berjaya menegakkan negara Islam. Buat masa ini segala ciri-ciri demokrasi yang bertentangan dengan Islam, wajib ditolak olen umat Islam. Termasuk kegiatan-kegiatan yang contohnya seperti di atas.
Begitu, kira-kira.
Post a Comment