Monday, August 04, 2014

Dengar Lagu Madonna, Ada Saham Dalam Hina Islam..

Madonna dikecam usai penari latarnya perlihatkan simbol agama
Madonna dan dua penari panggung mengenakan simbol Islam dan Yahudi di badan mereka. dailymail.co.uk

HALAMAN HIBURAN

Bintang pop asal Amerika Syarikat (AS) Madonna mendapat kecaman setelah memuat naik sebuah foto di Instagram memperlihatkan dua penari latarnya tanpa baju, di mana di bahagian perut masing-masing penarinya itu terdapat simbol keagamaan.

Penyanyi veteran berusia 55 tahun itu dikritik oleh peminatnya, selepas memuat naik foto dirinya diapit oleh dua penari lelaki, di mana salah satunya terdapat simbol Bintang Daud dan satu penari lain terdapat simbol bulan sabit serta bintang di masing-masing perut kedua penari itu, seperti yang dilaporkan oleh surat kabar the Daily Mail, Jumaat (1/8).

Menemani gambar itu, Madonna menulis

"Tidak ada pemisahan! Kita semua mempunyai darah dengan warna yang sama! #ceasefire #peaceinthemiddleeast #livingforlove".

Alhasil para peminat Madonna segera menanggapi gambar itu, hingga mencetuskan perang kata-kata di antara mereka yang pro-Palestin dan pro-Israel.  Salah satu pengguna, dengan nama Aichaam, menjawab
"Persetan dengan Israel. Israel adalah sebuah tempat di mana mereka membunuh anak-anak dan orang tuanya".

Pengguna lain, dengan nama Ranrubherre, berkata: "Menyokong Israel bermakna menyokong perang melawan keganasan dan pelampau Islam yang ingin merebut kebebasan kami".

Sementara itu, pengguna dengan nama Bathen_Burak menulis: "Dan bagaimana dengan anak-anak Israel ??? Hentikan Hamas bukan Israel dari pembunuhan anak-anak !!!"

Namun, salah satu peminat, yang menulis dengan nama Tukrp, seolah-olah menyokong gambar dimuat naik Madonna dan berkata: "Inilah yang kita perlukan, orang dengan banyak kemasyhuran melakukan hal ini beautifully_awakened".

Foto ini muncul hanya 24 jam selepas Madonna memuat naik foto lain berhubung dengan pertempuran yang sedang berlangsung antara Israel dan Hamas di GazaPada Khamis Madonna memuat naik gambar seekor burung merpati terbang bersama teks bertuliskan bahasa Ibrani dan Arab, dengan judul

"Hentikan tembakan di kedua belah pihak! Anak-anak Gaza memerlukan sokongan kita! #ceasefire #peaceinthemiddleeast #livingforlove".

Mesej-mesej terbaru itu datang selepas satu siri mesej lain yang dimuat naik bintang yang bersinar di era 80'an itu dalam kaitannya dengan konflik di GazaDia telah memuat naik beberapa mesej ke laman Instagram-nya sejak pertempuran bermula pada tarikh 8 Julai, termasuk beberapa gambar memperlihatkan bunga sedang mekar dan mesej yang menyatakan

"Buatlah cinta bukan perang".

Minggu lalu Madonna dipaksa untuk menjelaskan sikap politiknya, selepas datang di bawah kecaman dari para penggemarnya yang menyalahertikan muat naik dari wanita bernama asli Madonna Louise Ciccone itu sebagai bentuk sokongan untuk Hamas.

Di samping sebuah foto memperlihatkan dirinya tengah cemberut, Madonna menulis: "Saya tidak menyokong Hamas! Saya menyokong martabat manusia dan rasa hormat! Saya menyokong rasa berkongsi! Saya menyokong Keamanan! #ceasefire". 
(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang artis popular hina Gaza, agama dan Islam. Sokong dan dengar lagu Madonna bererti anda juga terlibat dalam menghina agama, kemanusiaan dan Islam. 

Jahannam penghina agama!
Jahannam penghina agama!

1 comment:

Anonymous said...

Rocky de Vibratore says: Madonna.. seorang artis bukan yahudi yg mampu hidup lama di Hollywood dengan akur & ikut kehendak yahudi; fahami setiap bait2 lagu dia (Lady Gaga toksah cerita la) Dia yang sepatutnya tinggalkan Hollywood menceritakan dalam lagu "Take A Bow" sebagai tugas dalam gerakan freemason.. ngeri woooo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails