Wednesday, August 06, 2014

Disco Rimba: Pusat Maksiat FELDA Masih Dilindungi?


Foto ANTARA pelanggan yang asyik berjoget di kedai makan di sebuah perkampungan FELDA.

Ipoh: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Boleh diibaratkan seperti ‘disko rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik.

Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari. Demikian lapor myMetro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan, selain lesen hiburan, walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Ertinya masih dilindungi sehingga terbit berita ini?

Nampaknya jentera kerajaan tidak bergerak, atau sudah jem kerana diserang virus rasuah?  (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Cadangan Saya buat TSKI:-

1. Membalas Surat Tunjuk Sebab pada 8 Ogos 2014 dengan Memohon Tempoh Lanjutan Selama 10 Hari iaitu pada 19 Ogos 2014 - Ini penting untuk melihat apakah keputusan sidang Perjuampaan PAS.

2. Alasannya Tidak ada mana2 parti politik yang memberikan tempoh menjawab tunjuk sebab dalam masa 3 hari. Alasan 10 hari jugak logik diterima akal kerana masih di dalam tempoh kurang dari 14 hari pada kebiasaanya.

3. Sekiranya PKR berkeras mahukan Jawapannya dan melebihkan tempoh kepada 4 Hari, maka TSKI bolehlah menjawab lagi memohon sehingga pada 12 Ogos 2014, iaitu selama 7 hari.

TSKI perlu dan bersiap sedia untuk menghadapi segala macam kemungkinan di pecat drp PKR, dinyahkan jawatan Menteri Besar dsbnya, Maka surat-surat ini bolehlah digunakan dalam urusan rayuan ke bawah DYMM Sultan Selangor.

TSKI jugak perlu siap siagakan diri dengan apa jua FAKTA yang dapat membantu beliau untuk mempertahankan diri drp dianyai oleh PKR keseluruhannya.

PA dan Para Setiausaha perlu peka dan bersedia untuk mengatur suatu sidang Media secara LIVE untuk TSKI berucap menyatakan pendirian sekiranya Beliau dipecat dan dinyah jawatan.

Jangan Lupa Panggil CNN, BBC, Al-Jazeera, CCTV News, RT dsbnya - supaya Seluruh Dunia tahu Siapa Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dipecat, tapi diberikan masa yang cukup lama untuk bertindak, menjawab surat dsbnya - jadi pengalaman Anwar dipecat dijadikan pengalaman di dalam proses pemecatan TSKI dan TIADA TEMPOH yang sesuai selayaknya diberikan kpd TSKI.

Semoga TSKI akan bersia sedia dan menempohi cabaran ini dengan penuh dedikasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails