Teka-teki empat Exco ini...ketika kesetiaan diuji
Selasa... Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak buat temuduga siapa Exco Selangor yang tidak bersamanya.
Apapun jadi pun beliau masih Menteri Besar dan Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh berjalan berikutan ada empat Exco PAS yang sudah menerima arahan parti...jangan letak jawatan.
Abdul Khalid dan campur empat Exco PAS jadi lima dan berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri iaitu, Artikel 52.2B Undang-undang Negeri, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk mengadakan mesyuarat kerajaan negeri.
Menurut Abdul Khalid, beliau akan mengadakan pertemuan dengan setiap Exco esok untuk mengetahui keputusan mereka sama ada terus bersama beliau atau sebaliknya.
"Sekarang ini empat Exco dari PAS menyokong saya dan ia sudah cukup untuk saya mengadakan mesyuarat kerajaan negeri.
"Mana-mana yang menolak tatacara Artikel 53 (2) (b) ini boleh lepaskan jawatan," katanya.
Mari kita lihat siapa Exco-exco yang kena letak jawatan...
Jika PKR kata mereka mendapat sokongan semua 13 ADUN kecuali Abdul Khalid... maka yang kena letak jawatan adalah;
PERTAMA ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita.
Bagaimanapun... jika pertembungan dalam PKR sebelum ini diambil kira, maka Rodziah adalan calon Ketua Wanita PKR pro Abdul Khalid lawan Zuraidah Kamaruddin yang mempertahankan jawatannya dan diketahui penyokong kuat Azmin Ali sebelum berpindah kem ke Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KEDUA Exco dari PKR yang kena letak jawatan jika ikut garis parti adalah Elizebert Wong, Adun Bukit Lanjan, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar.
Bagaimanapun Eli Wong, dipercayai penyokong tegar Khalid, dan tidak mempercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kes 'skandal' melibatkan beliau tersebar satu ketika dahulu.
Eli Wong diarah Anwar untuk letak jawatan Exco tetapi Abdul Khalid 'bagi nyawa' kepada beliau dan mengekalkan kedudukannya sebagai Exco selepas PRU13.
KETIGA Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi. Orang baru yang kali pertama bertanding pada PRU13, menang dan terus diangkat menjadi Exco.
Kawan baik kepada CEO MBI Faekah Hussin, sekian lama dikenali sebagai menyokong Abdul Khalid lebih daripada menyokong pemimpin lain dalam PKR.
KEEMPAT Datuk Teng Chang Khim, Adun Sungai Pinang, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Exco paling kanan dari DAP, serupa timbalan menteri besar tak rasmi. Adik kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow. Orang lama DAP Selangor dari zaman BN Datuk Seri Dr Khir Toyo menjadi MB. Menerima pingat 'Datuk' dari Sultan Selangor. Antara ADUN DAP yang bersongkok.
Bukan kem Tony Pua yang menjadi pemimpin DAP Selangor kini. Diketahui bukan kem 'Dinasti Lim Kit Siang' tapi bertahan kerana mempunyai sokongan akar umbi DAP dan kaum Cina yang kuat.
Khabarnya beliau bersama Abdul Khalid. Timbul atau tenggelam.
Dua lagi Exco DAP, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram dan Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman, Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dipercayai akan ikut saja apa kata parti dalam krisis ini.
Sehingga kini DAP mengarahkan Exconya kekal, namun Tony Pua berkata mereka juga mempertimbangkan untuk meletak jawatan. Sehingga Abdul Khalid temuduga sorang-sorang esok... mari berteka-teki, siapa yang akan kekal sebagai Exco dan siapa yang akan letak jawatan atau dipecat Abdul Khalid.
Dari bagi gaji free pada orang yang 'hentam' dia... baik lantik ADUN-ADUN yang menyokong beliau ke jawatan Exco.
Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk... mari kita tengok siapa yang kena!!!-11/8/2014 (AD)
Lihat sebelum ini
No comments:
Post a Comment