Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu.
"Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi.
"Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya.
Bagaimanapun, Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata beliau optimis dan yakin perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh segera jika semua pihak dalam AMK duduk berbincang.
"Saya menunggu arahan Nik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya menerima keputusan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti). Tetapi selepas ini kita mahu pemilihan lebih cermat, baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya.
Terima keputusan
Sementara itu, Nik Nazmi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya.
"Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan.
Dalam ucapan penggulungannya sebelum itu, Nik Nazmi menegaskan antara lainnya mempertegaskan sokongan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya AMK tidak akan membiarkan Anwar dipenjara sekali lagi atas tuduhan liwat yang dianggapnya "tuduhan jahat yang jelas bermotif politik".
"Kita akan sama-sama bangkit untuk menggerakkan masyarakat dan menghumban Umno-BN ke dalam tog sampah sejarah sebagai parti yang tidak bermaruah," katanya dalam ucapan sulungnya itu.
Beliau berkata pihaknya akan menentang tekanan politik kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Tian Chua sekaligus menolak penindasan terhadap masyarakat sivil dan kezaliman.
Beliau juga bertekad untuk memberi fokus 100 hari pertama bermula hari ini untuk menggariskan dasar AMK pada penggal ini termasuk memperkasakan cabang yang lemah. (MK)
No comments:
Post a Comment