Monday, August 11, 2014

Gaza: Genjatan Senjata Baru 72 Jam Lagi. Namun Hamas...






GAZA: Pejuang Hamas dan tentera Zionis Israel bersetuju dengan cadangan baru Mesir untuk melaksanakan genjatan senjata bagi tempoh 3 hari lagi bermula Isnin (hari ini).

Keputusan itu dibuat disaat wakil Palestin dan Israel masih lagi berada di Mesir bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang untuk menamatkan serangan kedua-dua pihak.

Ianya juga adalah lanjutan daripada genjatan senjata pertama 72 jam yang berakhir Jumaat lalu yang kemudiannya menyaksikan pertempuran tercetus semula sehinggalah ke malam tadi.

Dalam pada itu, Hamas tetap dengan pendirian bahawa genjatan senjata jangka panjang hanya boleh dilakukan jika kerajaan haram Israel bersedia mengangkat semua kepungan ke atas Palestin.

Ketua Biro Politik Hamas Hamas Khaled Meshaal mengulangi penegasan itu dalam satu ucapannya semalam.

Beliau berkata rakyat Palestin tidak akan kendur dengan tuntutan mereka agar semua kepungan ke atas Gaza dibuka sepenuhnya sebagai syarat genjatan senjata.

Sehingga kini hampir 2,000 rakyat Palestin gugur syahid dalam serangan tentera rejim sejak 7 Julai lalu.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails