Friday, August 01, 2014

Gesa Khalid Dikenakan Tindakan Disiplin Parti..

Cabang PKR Selangor sudah muak dengan permainan ala-Umno oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.  
Cabang PKR Selangor sudah muak dengan permainan ala-Umno oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014. Cabang PKR 
 
Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Cabang PKR Tanjong Karang Mohd Yahya Mat Sahri berkata, mereka menggesa parti terutama pimpinan tertinggi mendengar suara akar umbi yang sudah muak dengan permainan politik ala-Umno Khalid.

"Malah pelawaan Khalid agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut menyokong kenyataan Yahya adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar). Mereka turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai lalu, iaitu menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

"Kami, ketua-ketua Cabang PKR Selangor serta anggota ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Dr Wan Azizah.
"Sebagai presiden parti yang juga Adun Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan layak di kalangan Adun PKR lain di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan parti itu sudah memuktamadkan Dr Wan Azizah selepas namanya menjadi calon tunggal pengganti Khalid. Anwar berkata, keputusan dibuat sebulat suara dan memuji isterinya itu boleh memberi kestabilan dalam PKR dan PR.

Beliau juga yakin Dr Wan Azizah mampu menyelesaikan isu-isu tertangguh termasuk masalah agihan air, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu kritikal lain di Selangor. Khalid bagaimanapun enggan berundur hingga akhir penggal dan mahu PKR menyelesaikan isu peralihan kuasa mengikut saluran betul.

Malah secara terbuka mengalu-alukan Adun mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau dalam sidang DUN akan datang.Anwar kemudiannya mendedahkan Khalid sudah lama tahu dirinya terlibat dalam sebahagian agenda “Langkah Kajang” yang mendesaknya supaya berundur sejak Mac lalu. – 31 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

Post a Comment