Kementerian Sosial Hamas bakal memberikan bantuan US $1 ribu bagi tiap warga Gaza yang rumah mereka hancur akibat serangan Israel. Mengutip akhbar Yediot Ahronot, akhbar the Times of Israel melaporkan, Sabtu (16/8), bantuan itu merupakan sumbangan dari kerajaan Qatar.
Gempuran Israel selama lebih dari sebulan telah menghancurkan sepuluh ribu rumah di Gaza. Amukan negara Zionis itu juga menewaskan hampir dua ribu orang dan mencederakan lebih daripada 9,800 orang.
Qatar memang dikenali pro-Gaza. Sebelum perang meletup di Gaza, mereka merancang menghantar US $40 juta untuk membayar gaji pegawai kerajaan Hamas. Namun rancangan itu gagal lantaran ditentang Amerika Syarikat. Hingga saat ini perundingan gencatan senjata ditaja Mesir di Ibu Kota Kaherah belum mencapai kesepakatan.
No comments:
Post a Comment