PEJUANG Hamas mengangkat senjata semasa bergambar pada satu perarakan di Shejaiya, Gaza pada Rabu lalu.
DOHA - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal kelmarin menolak sebarang
cubaan untuk melucutkan senjata pejuang Islam Palestin di Gaza seperti
yang dituntut oleh Israel. Dalam satu kenyataannya, Meshaal berkata, senjata pejuang Palestin itu 'suci'.
"Senjata pejuang Palestin itu suci dan kami tidak akan menerima ia
dijadikan agenda dalam mana-mana rundingan pada masa hadapan dengan
Israel," kata Meshaal pada satu sidang akhbar di sini di mana beliau
hidup dalam buangan.
Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan bahan binaan
dan barangan lain bagi membina semula Gaza jika Hamas melucutkan
senjata mereka. Perang selama 50 hari dengan Israel yang berakhir Selasa lepas telah
menyebabkan banyak infrastruktur di wilayah Palestin itu musnah atau
rosak teruk.
Namun, Meshaal berkeras bahawa Hamas tidak akan sekali-kali melucutkan senjata.
"Isu ini tidak boleh dirunding. Tiada sesiapa boleh melucutkan senjata Hamas," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment