Sunday, August 31, 2014

Ini, Hijab Bukan Penghalang Muslimah Bersukan Kecuali Si Jahil!

Foto
WALAUPUN berhijab, Roqaya (tengah) tetap berjaya mencatat masa terpantas di Sukan Asia Doha 2006. 


SUKAN
Kelibat wanita ini mencuri perhatian peminat olahraga dunia apabila muncul dengan penampilan berbeza di Sukan Olimpik Athens 2004. Mana tidaknya, ketika pelari lain bersedia di garisan permulaan dengan pakaian standard seorang atlet, yang pasti mengikut bentuk tubuh, Roqaya Al Gassra pula hanya mendedahkan muka dan tapak tangannya.

Penampilan atlet Bahrain itu mencetus sensasi tersendiri dan seakan membawa mesej global bahawa tidak semestinya wanita dari dunia Islam yang berhijab tidak boleh terbabit dalam sukan, apatah lagi olahraga.
Malah dia lebih dahulu perlu berdepan tanggapan rantau Arab yang selama ini ‘menghijab’ penyertaan wanita dalam acara sukan. Laporan media menyatakan bahawa Roqaya mendapat tentangan golongan fundamentalis di negaranya sebelum dikenali di pentas olahraga.

Namun mengambil teladan pelari Australia, Cathy Freeman yang menggunakan sut menutup seluruh tubuh untuk memberi kesan aerodinamik sewaktu Sukan Olimpik Sydney 2000, membuatkan imej yang cuba ditampilkan Roqaya bukan sesuatu yang menerbitkan rasa kurang senang.


“Menyarung pakaian tradisi Muslim memberi motivasi buat saya. Ia bukan satu halangan,” kata pemenang 200m Sukan Asia Doha 2006 itu mengimbas kembali aksinya di Athens itu.


“Saya mencatat masa terbaik biarpun berhijab.” Malah, populariti dikecapinya membuatkan Roqaya diberi kepercayaan untuk menjadi pembawa bendera Bahrain di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pada temasya itu, Roqaya hadir menggunakan sut dipanggil Hijood (gabungan hijab dan hood), yang direka khusus oleh syarikat pakaian sukan Australia untuknya.
Menurutnya, ia membolehkan atlet wanita Muslim bertanding dengan menutup aurat, sesuai dengan tuntutan agama.

“Gembira apabila memiliki sebuah sut prestasi tinggi yang membolehkan saya memenuhi keperluan menutup aurat dengan rekaan yang dibuat menggunakan fabrik khusus yang selesa dan mampu mengawal kelembapan,” katanya.
“Sudah pasti ia membantu saya memperbaiki catatan apabila memakai sesuatu yang selesa dan membantu menampilkan aksi terbaik di Beijing.
“Saya berharap pemakaian hijood ini akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melihat bahawa kewajipan menutup aurat bukan halangan untuk mengambil bahagian dalam acara sukan kompetitif.


Meskipun gagal memenangi sebarang pingat dalam penyertaan di Olimpik, pencapaian Roqaya dalam olahraga masih dianggap baik. Untuk rekod, dia berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut 200m dan gangsa dalam acara 100m di Sukan Asia Doha selain memenangi pingat dalam beberapa kejohanan lain.


Roqaya mengundur diri daripada sukan olahraga pada 2009, sewaktu berusia 27 tahun, tetapi legasi yang ditinggalkannya membawa sesuatu yang baru terhadap dunia sukan, memberi ruang untuk golongan Muslimah bergiat aktif dalam sukan tanpa meminggirkan tuntutan syariat.


Kini semakin ramai wanita bertudung bangga mewakili negara masing-masing dalam kejohanan sukan antarabangsa malah pentadbir sukan sudah mula memberi perhatian seperti FIFA yang kini memberi kelonggaran untuk wanita bertudung menyertai kejohanan bola sepak. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hanya negara mengaku Islam tetapi pemimpin-pemimpinnya jahil agama sahaja, yang menghalang atlet wanitanya berhijab. Tolak pemimpin buta agama!

1 comment:

Anonymous said...

Menurut Uztazah saya (yang saya percaya berdasarkan Mahzab Syafie) yang saya belajar masa sekolah rendah dahulu Hijab atlet di atas tak lepas. Mana-mana budak sekolah rendah yang tidak tidur dalam kelas yang sudah belajar bab aurat rasanya tahu Hijab di atas tak lepas kerana ketat dan mencengkam bentuk tubuh badan.

Keduanya pakaian beliau menyerupai pakaian lelaki/berseluar/bersarung

Ketiganya jika fakta di atas benar atau Uztazah saya tak tipu saya yakni berpakaian ketat di kira menutup aurat maka kita boleh simpulkan admin blog ni tidak ikhlas dan ambil apa sahaja peluang untuk menghetam orang yang beliau tidak bersetuju dalam perkara tertentu politik misalnya. Peluang di ambil walaupun dia sendiri tahu Hijab di atas tak lepas. (melainkan beliau tidur dalam kelas waktu dia sekolah rendah dahulu - kita maafkan lah sebab tertidur)

Andaikata pakaian sebegini di pakai oleh Rosmah dan beliau lumba lari dengan Najib sudah tentu Admin Blog ini akan berubah "fatwanya" dari "Boleh"/Harus kepada tidak boleh berpakaian sebegini. Kesian Rosmah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails