Monday, August 25, 2014

Ini Penyanyi Rap Inggeris (ISIS) Disyaki Membunuh Jurnalis AS.

Surat elektronik ISIS kemungkinan ditulis militan asal Inggris
ISIS bunuh jurnalis AS. ©courtesy youtube.com

HALAMAN HIBURAN

Abdul Majid Abdul Bary. alarabiya.ne

SEORANG bekas penyanyi rap Inggeris yang meninggalkan muzik demi bergabung dengan barisan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sekarang, sedang disiasat oleh pihak berkuasa Inggeris menyusul pembunuhannya terhadap wartawan Amerika Syarikat (AS) James Foley di Syria. 

Abdul Majid Abdul Bary dilaporkan meninggalkan rumahnya di London pada tahun lalu untuk berlawan dengan ISIS di Syria, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (24/8).

Dia awalnya dikenali sebagai 'L Jinny' atau 'Lyricist Jinn' saat kerjaya muziknya bermula. Ini menurut sebuah laporan dari akhbar the IndependentBeberapa single dan videonya bahkan pernah ditayangkan di BBC Radio pada tahun 2012, menurut akhbar itu.

Penyanyi rap berusia 24 tahun itu menjadi perhatian nasional pada awal tahun ini apabila dia memuat naik foto dirinya di Twitter tengah memegang kepala orang sudah terpenggal di Syria, kata surat khabar itu.

Gambar mengerikan itu disertai dengan mesej yang mengatakan, "Bersantai dengan rakan saya atau apa yang tersisa dari dia".

Menurut the Independent, ayah Bary adalah seorang pelarian Mesir dan dianggap sebagai salah satu leftenan yang dekat dengan Usamah Bin Laden. The Independent menjelaskan bagaimana perbezaan muzik Bary sebelumnya dan menghuraikan perubahan dalam nada serta lirik.

Lagu-lagu diciptakan dia pada awal kerjayanya berkisar tentang kehidupan, kekerasan dan membuat beberapa rujukan yang jelas terhadap penggunaan dadah. Rujukan tersebut telah diubah kemudian dan diganti dengan kata-kata keras terhadap orang-orang yang menghabiskan wang mereka pada ubat-ubatan terlarang, minuman beralkohol dan parti-parti bukannya memberikan wang itu bagi keluarga mereka, jelas the Independent.

Dalam video terbarunya, dimuat naik pada Mac lalu, Bary bercakap tentang ketakutan dihantar pulang terhadap keluarganya kembali ke Mesir.

"Beri saya kebanggaan dan kehormatan seperti ayah saya, saya bersumpah di hari mereka datang dan membawa ayah saya, saya boleh membunuh satu atau dua polis," lirik Bary dalam lantunan rap.

Beberapa hari selepas dunia ini sibuk dengan berita mengejutkan dari pemenggalan Foley, kecurigaan tumbuh terhadap identiti algojo, yang seolah-olah mempunyai aksyen khas InggerisPerdana Menteri Inggeris David Cameron mengutuk pembunuhan Foley dan berkata meski pelaku belum dikenal pasti, tetapi kemungkinan dia adalah warga negara Inggeris.

Banyak laporan berita telah muncul sejak insiden itu, melihat ke dalam file para pejuang Islam asal Inggeris yang melarikan diri ke Syria untuk menyertai dengan apa yang disebut sebagai khalifah "Negera Islam".

Bersamaan dengan Bary, Abu Hussain al-Britani, seorang penggodam komputer dari Birmingham, dan Abu Abdullah al-Britani, telah disyaki berada di balik pembunuhan Foley. Proses mencari tahu identiti algojo Foley seolah-olah menjadi salah satu jalan panjang, mengingat fakta ada sekitar 400 hingga 500 jihadis asal Inggeris diduga akan berjuang di Syria dan Iraq.
(IH)

1 comment:

JAKA said...

laknatlah utk pejuang ISIS yg membuta tuli, khawarij dan tidak faham adab perjuangan Rasulullah saw.

umat Islam mesti membantah ISIS yg mengaku menegak khalifah. ternyata mereka menegak sebuah lagi kepimpinan zalim yg tiada beza dgn bashar atau syiah atau US.

semuga Allah hancurkan puak pelampau khawarij ISIS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails