Briged Al Qassam
KEHEBATAN
Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan
Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel
laknatullah.
Dalam
berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan
disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota
diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah
dalam Al-Quran.
Apa kena mengena dengan ketagihan merokok?
Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Fw: Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza .
Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza... apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa pergi ke kem di Jabaliya
Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di Malaysia.. Di Gaza tak hisap lagi..
Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua..
Mungkin
dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang
seterusnya.. kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya
semula.
"Anta sayang tak Rasulullah?"
Saya dengan pantas menjawab.."Mana
mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"
Dia
kemudian memberi penerangan ....
"kalau sayangkan Rasulullah..
kita tidak
akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat..
Rasulullah tidak suka
kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang
lain..
Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang
mengeluarkan asap...
Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang
busuk.."
Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka.. Rasulullah sayang tak dengan kita??"
Saya
senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam
hati... selepas hari tu sehingga kini. Saya dah tidak menyentuh rokok..
Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu ..
Sekadar pengajaran...
Copy drpd rakan Fakulti di UKM..,
Kredit: Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
Semoga
dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah,
tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah.
Inilah 'Petua Islamik', untuk hilangkan ketagih merokok. (IH)
No comments:
Post a Comment