Friday, August 29, 2014

Ini Saja Muslimat, Buat Kamu Tidak Cium Bau Syurga..



LIHAT gambar ini dulu. Renung baik-baik..

Ada 3 gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga. Berikut adalah keterangan dari Imam Nawawi dalam 'Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim'. Menurutnya..

Satu: Wanita yang berpakaian tetapi telanjang

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
  • Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya.  
  • Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain. 
  • Wanita memakai pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.
Dua: Wanita yang 'maa-ilaat wa mumiilaat'.

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..
  • Maa-ilaat dimaksudkan, ialah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat dimaksudkan ialah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela. 
  • Maa-ilaat iuga adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya. 
  • Maa-ilaat dimaksudkan adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat juga bermaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

Tiga: Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.

Macam mana tu? Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban. Keterangan lebih lanjut: Lihat 'Syarh kitab Shahih Muslim', terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita, marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaklah menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. Aamiin!

Oleh itu, ya Allah ...
  • Muliakan orang yang membaca status ini 
  • Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid 
  • Lapangkanlah hatinya 
  • Bahagiakanlah keluarganya 
  • Luaskan rezekinya seluas lautan 
  • Mudahkan segala urusannya 
  • Kabulkan cita-citanya 
  • Pastikan dari segala musibah 
  • Pastikan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata Kasar dan mungkar. 
  • Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan berkongsi status ini.
Aamiin ya Rabbal 'alamin.
Kenapakah Nabi SAW mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita. 

Lihat 4 perkara ini..
  1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik. 
  2. Wanita sering menderhakai suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa, kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki. 
  3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami, dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat. 
  4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.
Sekian, bersambung, insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails