Saturday, August 02, 2014

Ini Surat, PAS Umum Keluar PAKATAN.


KL: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu.

Tegasnya, surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung PAS berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata.

“Seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/8/2014

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

1 comment:

  1. Tuan,

    Setelah melihat kesan dari apa yang dilakukan oleh segelintir pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan UMNO sepanjang 6 tahun ini dan kemuncaknya yang dimulai oleh kenyataan TGHH selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan serta p3ndedahan whatsapp Dr Zuhdi. Juga setelah kita semua tahu betapa buruknya kesan kepada PAS akibat tindakan terlampau cerdik tak kena tempat ini - hati kecil ini berkata surat palsu ini bukan kerja musuh PAS dan Pakatan aka UMNO tetapi kerja dalaman PAS sendiri.

    Agaknya baru mereka sedar dari mengigau bahawa segala yang dicapai ol3h PAS sejak menyertai Pakatan ini adalah satu kemajuan besar dan juga baru tersedar bahawa mereka sebenarnya menipu rakyat dengan slogan " PAS FOR ALL" - sekali lagi mereka panik dan cuba mengubah persepsi rakyat kini terhadap mereka.

    Jika kita lihat dari letterhead surat, penandatangan surat , individu yang mendedakan surat palsu ini dan timing pendedahan ( setelah terkantoi habis tahap gaban dan berhadapan risiko yang maha besar dalam arus politik tanahair)....nampak semacam stail UMNO nak coverline bila terkantoi je. Kan kita biasa dengan surat palsu berkepala surat UMNO menuduh UMNO dikala UMNO terkantoi.

    Entah kenapa kali ini hari ini sukar menerima kenyataan SUA PAS pasai surat palsu ini. Saya menyokong PAS selama 40 tahun l3bih, sejak bangku sekolah lagi. Rasanya agak arif dengan permainan politik PAS.

    Wallahualam. Dalam sehari dua nanti kita taulah cerita sebenar. Harap sangkaan saya meleset kerana jika ia benar ia amat m3lukakan hati saya.

    ReplyDelete