Tuesday, August 19, 2014

Isu MB S'gor: Memilih Kepimpinan Berintegriti -Siti Zailah


Ketua DMPP - YB Siti Zailah Yusof






Oleh SITI ZAILAH MOHD YUSOF
 
Segala puji-pujian hanya  kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur  berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan  mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan  spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat.

Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.

Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan Islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."

Semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan dalam platform demokrasi ini dan menjadi batu bata yang saling mengukuhkan.

Mesej khas kepada masyarakat, marilah kita sama- sama melihat  konflik ini dari pandangan yang positif. Ianya berlaku  untuk memilih kepimpinan berintegriti dan mampu memberi khidmat yang terbaik. Alhamdulillah, setakat ini Kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah banyak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sila lihat..    
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

1 comment:

Anonymous said...

Kemelut MB Selangor memberikan suatu pengaran yg cukup berguna kepada kita, di mana ketegasan Anwar Ibrahim yang terlalu taksub berkehendakkan Wan Azizah, isterinya menjadi Menteri Besar, walaupon di tentang hebat oleh Sultan Selangor, Istana, Puak Pas Alim Ulamak, Majlis Syura, TGHHA,TGNA dan TGHHD.

Mungkin ada HIKMAHnya kemelut ini.

Pengajaran yg kita dapat iaitu Golongan Wanita tidak seharusnya diberikan suatu Jawatan Tertinggi, melainkan pada hak-haknya, seperti Menteri yg menjaga Hal Ehwal Wanita.

Kedudukan Kewangan Negara tidak pernah selamat, kukuh atau membina, sejak sekian Lamanya.

Apakah ini kerana Gabenor Bank Negara Malaysia ialah seorang WANITA?

Tan Sri Zeti Aziz telah memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor pd 7 Sep 1998 dan seterusnya dilantik menjadi Gabenor pada 1 Mei 2000 sehinggalah sekarang, pada hari ini iaitu 19 Ogos 2014.
TS Zeti SUDAH MEMEGANG Jawatan Gabenor selama lebih 14 Tahun lamanya.. MasyaAllah,
Lamaaaaanyae..

Siapakah dibelakang TS Zeti ini yang begitu Kebal? TS Zeti kebanyakkan Masa di temuramah hanya MEMBACA TEKS, dimana kelebihan beliau?

Sudah sampai masanya TS Zeti Mengundurkan dirinya.

Bagilah jawatan pada Orang Lain pulak, mungkin kedudukan Kewangan Negara akan menjadi lebih baik, InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails