Thursday, August 14, 2014

Joe Flizzow: Pakai Baju Tulisan Lucah Alat Sulit Lelaki Untuk Promosi.


Joe Flizzow

HALAMAN HIBURAN
 
KL: Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah. Joe atau nama sebenarnya  Johan Ishak, 35, berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai  baju bertulisan ‘Jantan’ bagi tujuan promosi. Menurut mSrar hari ini.

Jelas Joe, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya  untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki.

"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.
"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah.
"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.


Gambar ini yang telah tersebar, Joe dipersalahkan.

Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lucah tersebar di laman sosial baru-baru ini. Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


No comments:

Post a Comment